Video| Demi All Star Gegar Vaganza! Zamani tolak beberapa tawaran persembahan! Mahu beri tumpuan!

Published by
KitaReporters


Pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza (GV) musim kelima (GV5), Zamani terpaksa menolak beberapa tawaran menyanyi demi memberi fokus kepada GV10 atau All Star Gegar Vaganza (ASGV) musim ini. 

Bagi Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, beliau mengambil keputusan itu kerana ingin memberi tumpuan agar dapat memberi persembahan terbaik dan terus bersaing dalam pertandingan ini. 

Namun baginya, beliau tidak menolak kesemua tawaran itu sebaliknya beberapa minggu awal sahaja. 

Menurut penyanyi berusia 52 tahun ini tidak tahu berapa lama akan kekal dalam GV dan sebab itu, untuk tiga ke empat minggu awal ini dia akan kurangkan persembahan di luar.  


Kemunculan Zamani Slam mendapat sorakan dari penyokong yang ada di Stadium MBSA. - Kredit foto: Instagram Astro Gempak 


Zamani antara enam peserta yang terpilih dari kerusi panas dan menjadi peserta yang mendapat undian tertinggi berbanding lima lagi rakannya.  

Dalam persembahan malam pembukaan All Star GV, saat kemunculan beliau telah mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong yang ada di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). 

Beliau membawa lagu langkah seiringan menduduki tangga ke-10 secara keseluruhan daripada 16 peserta. Malahan juri tetap, Hetty Koes Endang memuji cara penafasan Zamani pada saat menyanyi kerana bijak mengawalnya.

Selain Zamani, lima lagi peserta yang terpilih daripada kerusi panas adalah Liza Hanim, Tomok, Ezad Lazim, Niki Palikat dan Suki Low. 

Minggu pertama tiada penyingkiran tapi bermula minggu kedua, barisan juri yang ketuai Dato' Ramli MS, Hetty dan Datuk Syafinaz Selamat akan lebih serius dalam menjurikan nyanyian mereka. 

All Star GV atai GV10 akan bersiaran dalam Astro selama 12 minggu setiap hari Ahad pada jam 9 malam. 

Mengikut format seperti sebelum ini, enam peserta akan ke pentas akhir untuk merebut wang tunai sebanyak RM200,000 sebagai juara musim ini. - KitaReporters

18
7
0
17
0

Copy Link: