Video| Pelanduk dua serupa? along_garfuu seiras Along Spoon! Peminat terubat Rindu Serindu-rindunya?
Published by.
![](https://media.wepg.online/public/images/user_16762/1738812399_0602251102263900000067a42bef5eebd.jpg?x-oss-process=image)
Kumpulan Spoon yang asalnya terdiri daripada lima pemuda iaitu Along (vokalis), Boy (gitar utama), Nurul (gitar 2), Yahya (bassis) dan Shannaz (drammer) begitu dikenali sekitar akhir tahun 1990-an dulu.
Selepas kematian Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie setelah dibunuh pada Disember 1999, adik kepada Along iaitu Azlong diambil sebagai vokalis terbaharu Spoon sebelum kemudiannya kumpulan ini dibubarkan tahun 2000.
Pemergian Along yang ketika itu berusia 19 tahun mengundang rasa 'Rindu Serindu Rindunya' dalam kalangan peminat dan kini sudah 26 tahun berlalu.
Kerinduan bagaikan terubat apabila seorang lelaki yang juga pemilik akaun TikTok, @along_garfuu dikatakan bagai pelanduk dua serupa miliki wajah seiras arwah Along.
ALONG_GARFUU
Pemilik akaun tersebut juga memuat naik gambar-gambarnya dalam akaun berkenaan dengan lagu-lagu daripada kumpulan Spoon dan menjengah dalam ruangan komen, rata- rata netizen terutama peminat mengakui lelaki tersebut seperti arwah Along.
Malah, ada dalam kalangan netizen turut menyarankannya pergi berjumpa keluarga Along Spoon bagi mengubat kerinduan ahli keluarga terhadap arwah.
"Aku membesar dengan lagu Along Spoon, ya memang mirip dengan dia. Siapa yang cakap tak sama itu mungkin dia tidak kenal Along Spoon," tulis RD.
"Muka sebijik macam arwah Along Spoon, saya peminat arwah Along Spoon sebab suara arwah Along Spoon unik dalam nyanyi, awak pun sama jugak nyanyi," komen Hamizatul Indana.
"Dalam banyak-banyak orang yang seakan muka macam Along Spoon, yang ini paling approve memang sebiji sangat," komen jielaa.
![](https://media.wepg.online/public/images/user_16762/1738811300_0602251102082000000067a427a4da2b1.jpg?x-oss-process=image)
KUMPULAN SPOON
Sementara itu, untuk info Along Spoon disahkan meninggal dunia pada usia 19 tahun selepas polis menemui rangka manusia diikat dalam guni di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada pukul 1 pagi, 26 Disember 1999.
Sebelum dilaporkan hilang pada 25 Disember, Along sedang menjalani dunia glamor selepas kumpulan yang dianggotainya, Spoon menjadi pujaan peminat sekitar akhir tahun 90-an.
Menekankan konsep pop rock & balada, lagu-lagu hits seperti Rindu Serindu Rindunya, Memori Sekuntum Rindu serta Sepenuh Hati menjadi siulan peminat dan antara lagu malar segar.
Kini sudah 26 tahun pemergian Along Spoon ke negara abadi, semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Amin! - KitaReporters