Seperti diramal! Dollah dapat Teknikal, Belia! Pertandingan tugas Zainal! Sidang #1 Exco FAM 2025-29!
Published byEXCO FAM 2025-2029 dengan Presiden baharu, Mohd. Joehari Mohd. Ayub (kanan) serta dua timbalannya, Mohd. Yusoff Mahadi (dua dari kanan) dan S. Sivasundaram (kiri) bergambar kenangan sebelum bersidang di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 25 Februari 2025. - Kredit foto: FAM
SEPERTI diduga KitaReporters dalam laporan 17 Februari 2025 lalu, Datuk Zainal Abidin Hassan sah dilantik dengan portfolio yang berkaitan pengalamannya sebagai legenda bola sepak iaitu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Penamaan anggota skuad juara Sukan SEA
Kuala Lumpur 1989 dan Pestabola Merdeka 1986 itu diumumkan dalam siaran media menerusi
laman sesawang FAM dengan jawatankuasa berkenaan dipengerusikan oleh Datuk Wira
Mohd. Yusoff Mahadi.
Jawatankuasa ini akan menyelia dan
menguruskan pertandingan antarabangsa dan kebangsaan anjuran FAM seperti Pestabola
Merdeka, Piala Presiden (Bawah 21 Tahun) dan Piala Belia (Bawah 19 Tahun).
Datuk Dollah Salleh pula dilantik sebagai
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM yang turut
berkaitan latar belakang dan pengalamannya sebagai penyerang kembar Zainal
dalam kedua-dua skuad tersebut.
Pelantikan mereka diputuskan pada mesyuarat
pertama Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM bagi penggal 2025-2029 di Wisma FAM,
Kelana Jaya, Selangor pada 25 Februari 2025 yang dipengerusikan oleh Presiden baharu
badan induk kebangsaan itu, Datuk Mohd. Joehari Mohd. Ayub.
Dollah, 62, dan Zainal, 64, meraih perhatian apabila muncul dua bekas pemain negara yang pertama menyertai Exco FAM menerusi kemenangan pemilihan setelah beroleh 16 dan 18 undi untuk menyandang kerusi Naib Presiden dan Ahli Exco.
ZAINAL Abidin Hassan (kiri), Dollah Salleh dan Rosmadi Ismail ditugaskan dengan portfolio Pertandingan, Teknikal dan Pembangunan, Futsal dan Bola Sepak Pantai. - Kredit foto: FAM
Mesyuarat Exco ini dihadiri kesemua 16 Ahli
Exco FAM yang mendapat mandat 18 ahli gabungan persatuan dalam proses pemilihan
pada Kongres FAM Ke-61, 2025 di Subang Jaya, Selangor tanggal 15 Februari 2025
lalu.
Sebanyak 16 jawatankuasa tetap dan dua
jawatankuasa keperluan sementara (ad-hoc) bagi penggal berkenaan, dinamakan
pengerusi dan timbalan pengerusinya oleh Joehari sambil beliau mengekalkan Datuk
Noor Azman Rahman sebagai Setiausaha Agung FAM dan Datuk Ismail Karim selaku Bendahari FAM.
Joehari seperti Presiden terdahulu, Tan
Sri Hamidin Amin yang tidak mempertahan kerusi No. 1 pada Kongres, menyandang tiga
jawatankuasa terkanan iaitu Darurat, Kewangan dan Pengurusan, dan Pengurusan
Pasukan Bola Sepak Kebangsaan sambil Yusoff selaku Timbalannya, selain Infrastruktur.
Agak menarik ialah penamaan gandingan mantan
Ketua Pengarah Imigresen, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat dan Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebagai
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM.
Begitu juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan yang menjadi milik Datuk Seri Azmi Abu Kassim yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN-KA) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebelum ini bagi penggal 2021-2025, portfolio ini diketuai Datuk Sri Abdul Rahim Jaafar juga daripada KDN-KA. - KitaReporters
NOOR Azman Rahman (kanan) dan S. Sivasundaram dalam mesyuarat pertama Exco FAM 2025-2029 di Wisma FAM sejak Kongres pemilihan 15 Februari 2025 lalu. - Kredit foto: FAM
SENARAI PENUH PENGERUSI DAN TIMBALAN
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP DAN JAWATANKUASA KEPERLUAN SEMENTARA (AD-HOC) FAM
BAGI PENGGAL 2025-2029
JAWATANKUASA TETAP FAM:
Jawatankuasa Darurat
Pengerusi: Datuk Mohd. Joehari Mohd. Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd
Yusoff Mahadi
Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan
Pengerusi: Datuk Mohd. Joehari Mohd. Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk S. Sivasundaram
Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan
Pengerusi: Datuk Mohd. Joehari Mohd. Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd.
Yusoff Mahadi
Jawatankuasa Pertandingan
Pengerusi: Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi
Timbalan Pengerusi: Datuk Zainal Abidin
Hassan
Jawatankuasa Undang-undang
Pengerusi: N. Saaran
Timbalan Pengerusi: Datuk Suraya Yaacob
Jawatankuasa Pengadil
Pengerusi: Datuk S. Sivasundaram
Timbalan Pengerusi: Tang Chee Hong
MOHD. Joehari Mohd. Ayub nenyampaikan kata alu-aluan kepada Exco FAM pada mesyuarat pertama mereka di Wisma FAM. - Kredit foto: FAM
Jawatankuasa Bola Sepak Wanita
Pengerusi: Datuk Suraya Yaacob
Timbalan Pengerusi: Dr. Siti Faidul
Maisarah Abdullah
Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai
Pengerusi: Datuk Seri Rosmadi Ismail
Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd. Hisamudin
Yahaya
Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan
Pengerusi: Tang Chee Hong
Timbalan Pengerusi: Datuk Dr. P. Sugumaran
Jawatankuasa Status
Pengerusi: N. Saaran
Timbalan Pengerusi: Mohd. Azizudin Mohd.
Shariff
Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam
Pengerusi: Datuk Mohd. Azhar Jamaluddin
Timbalan Pengerusi: Hishamuddin Abdul
Karim
Jawatankuasa Keselamatan
Pengerusi: Datuk Seri Azmi Abu Kassim
Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hassan
Jawatankuasa Integriti
Pengerusi: Tan Sri Dr. Aseh Che Mat
Timbalan Pengerusi: Tan Sri Azam Baki
Jawatankuasa Tiket dan Stadium
Pengerusi: Datuk Mohd. Azhar Jamaluddin
Timbalan Pengerusi: Datuk Ismail Karim
MOHD. Joehari Mohd. Ayub buat kali pertamanya mempengerusikan mesyuarat Exco bagi penggal 2025-2029 di Wisma FAM. - Kredit foto: FAM
Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan
Pengerusi: Datuk S. Sivasundaram
Timbalan Pengerusi: Datuk Dollah Salleh
Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan
Pengerusi: Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya
Timbalan Pengerusi: Datuk Seri
Mohd. Yusri Hassan Basri
JAWATANKUASA KEPERLUAN SEMENTARA (AD-HOC) FAM:
Jawatankuasa Hubungan dan Pembangunan
Ahli Gabungan
Pengerusi: Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi
Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hassan
Jawatankuasa Infrastruktur
Pengerusi: Datuk Mohd. Joehari Mohd. Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk S. Sivasundaram
DARI kiri, Naib Presiden FAM - N. Saaran dan tiga Ahli Exco iaitu Hishamuddin Abdul Karim, Mohd. Azizudin Mohd. Shariff dan Kamarudin Hassan. - Kredit foto: FAM