5 kenderaan terbalik! Banyak lagi terbabas! Akibat jalan lincin! Tumpahan minyak diesel di atas jalan!
Published by
KitaReporters
--title--
Sebuah kenderaan terbabas di tepi jala akibat tumpaha minyak diesel di atas jalan. - Kredit foto: Media sosial
SEKURANG-KURANGNYA lima buah kenderaan termasuk empat buah kereta dan sebuah van terbabas dan terbalik apabila kenderaan-kenderaan terbabit melalui jalan raya yang licin akibat tumpahan minyak diesel dalam kejadian yang berlaku di daerah Setiu, Terengganu pada pukul 6 pagi, 12 September 2022.
Sehingga kini, lima pemandu kenderaan berkenaan telah membuat laporan namun pihak polis percaya terdapat berpuluh-puluh lagi kenderaan lain termasuk motosikal yang tidak datang membuat laporan kerana kemalangan yang berpunca tumpahan minyak itu.
Berikutan dengan kejadian itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kemalangan jalan raya
Sebuah van terbalik di Bandar Permaisuri, Setiu akibat tumpahan minyak diesel pada 12 September 2022. - Kredit foto: Media sosial
Dalam kejadian yang mula berlaku berhampiran Stesen Minyak Petronas Bandar Permaisuri di Kilometer (KM) 69 Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru sehingga ke Kampung Bukit Kemudu di KM 71 Jalan Permaisuri - Kuala Terengganu.
Sebelum terbabas, pemandu kenderaan terbabit yang tidak mengetahui jalan licin dan dikatakan hilang kawalan selepas tayar kenderaan mereka terkena tumpahan minyak diesel di beberapa tempat sepanjang jalan berkenaan.
Ia dipercayai berpunca daripada tumpahan minyak dari sebuah kenderaan jenis Hilux berwarna hitam.
Serentak dengan itu, 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari daerah Setiu, Kuala Terengganu, Kuala Berang, Kuala Nerus dan Marang berkejar ke tempat kejadian untuk membersih tumpahan minyak tersebut.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin ketika mengesahkan kejadian berkata hasil siasatan polis mendapati insiden itu dipercayai bermula apabila Hilux terbabit mengisi minyak diesel di Stesen Minyak Petronas Bandar Permaisuri pada kira-kira pukul 6 pagi.
''Kenderaan itu mengisi minyak diesel ke dalam beberapa tong yang berada di belakang kenderaan itu dan selepas siap mengisi minyak diesel Hilux itu bergerak dari stesen minyak itu.
''Kita tidak dapat pasti sama ada minyak itu tertumpah di atas jalan raya kerana penutup tong yang berisi minyak diesel itu tidak kemas atau masalah lain kerana kes ini masih dalam siasatan,'' katanya ketika dihubungi petang tadi, 12 September 2022.
Anggota bomba membersihkan tumpahan minyak diesel di atas jalan raya. - Kredit foto: Media sosial
Bagaimanapun, katanya, kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa tetapi difahamkan ada dalam kalangan mereka dirawat di hospital.
Afandi berkata, kebanyakan pemandu dikatakan hilang kawalan ketika melalui lokasi tumpahan minyak itu.
Menurutnya, ia kerana permukaan jalan raya menjadi licin menyebabkan kenderaan mereka terbabas ataupun terbalik di tepi jalan. - KitaReporters
Kredit foto-foto: Media sosial
10
12
0
15
0