Natashaa Navin Kumar (lima dari kiri) bersama antara peserta kebaya yang akan dipilih menjadi Ratu Kebaya Dunia pada 1 Disember 2024 ini.


KENAPA lawa sangat gadis kecil ni dan kenapa dia memilih pertandingan kebaya?

Itulah pertanyaan bila mula-mula Opah dia duduk di sebelahnya. Wajahnya dimekap setaraf umurnya tetapi masih boleh kesan dia memiliki mirip paras rupa seperti orang "Melayu India". 

Tetapi yang lebih banyak berlegar pada benak fikiran Opah,  apa yang istimewanya gadis ni, dia  nampak sangat bergaya mengenakan baju kebaya? Adakah dia tahu kebaya itu lebih banyak berkaitan dengan pakaian orang Melayu? 

Itulah yang Opah fikirkan dan bila disapa oleh ibunya, barulah tahu sebab apa dan kenapa dia memakai kebaya itu.

Natashaa Navin Kumar, 10, ia adalah antara juara Miss Malaysia Little Kebaya (Ratu Kecil Kebaya Malaysia) 2024 yang menjadi penyeri kepada Karnival Kebaya Dunia yang dilancar pada 9 Oktober 2024. 

Oooo.... Patutlah, dia nampak sangat selesa berpakaian baju tradisional dan pandai pula bergaya. Buat catwalk macam seseorang yang dah biasa menjadi ratu pertandingan kanak-kanak.




Ibunya, Jayanthi Chandrasegaran atau Jay ketika ditemui seronok bercerita pengalaman membawa anaknya menyertai pelbagai pertandingan tempatan dan antarabangsa sejak tahun 2003 dan membawa pulang pelbagai gelaran dan anugerah. Paling terkini ialah Miss Malaysia Little Kebaya 2024. 

Jay cuba menerapkan semua budaya tempatan kerana Jay dan suami adalah campuran darah Cina dan India (Cindian) dan kini anaknya adalah hasil kahwin campur yang memberi ilham kepadanya untuk mendedahkan budaya negara kepada anaknya mempromosikan cara hidup rakyat majmuk di persada antarabangsa.

"Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab memberi didikan dan saya mahu melihat dia mewakili rakyat Malaysia yang prihatin dan sayang kepada negara, budaya dan keharmonian," katanya ketika ditemui menemani anaknya menjadi penyeri kepada peserta pertandingan kebaya sempena Karnival Kebaya Dunia yang dilancarkan di Wyndham Ion Majestic @ Genting Highlands pada 9 Oktober 2024.



Karnival Kebaya Dunia yang dijangka sampai waktu kemuncaknya dari 27 hingga 1 Disember 2024 pada hari memahkotakan Ratu Kebaya Dunia yang akan berlangsung dalam suasana malam gala itu. 

Malam kemuncak itu akan mengumpulkan 15 peserta kebaya dari dalam dan luar negara serta tetamu penaja dan bekas ratu yang pernah menyertai pertandingan dalam usaha membalas jasa menaikkan nama negara.

Mudah-mudahan Natashaa yang berasal dari Pulau Pinang dengan keturunan Cindian ini akan menjadi simbol anak Malaysia dari pelbagai kaum yang akan menjadikan negara budaya yang unik. 


Natashaa bersama ibunya, Jayanthi Chandrasegaran atau Jay (kanan sekali)


Setakat ini sudah merangkaul banyak anugerah iaitu:

  • Finalis Top 10 Vogue for Virtue 2023: Natashaa berjaya muncul sebagai salah seorang daripada sepuluh finalis dalam pertandingan yang memfokuskan kepada fesyen dan kebajikan.
  • Pemenang Anugerah Catwalk Terbaik 2023: Dalam Pertandingan Kostum Krismas Kanak-Kanak di Gurney Paragon, Natashaa memukau para juri dengan persembahan catwalk yang menonjol, meraih anugerah utama.
  • Model untuk Pertunjukan Fesyen Puma 2023: Menjadi model untuk jenama sukan terkenal, Puma, dalam sebuah pertunjukan fesyen di Sunway Carnival.
  • Duta Decathlon untuk Persembahan Yoga 2023: Natashaa dipilih sebagai duta untuk Decathlon, di mana beliau mempersembahkan rutin yoga yang anggun dan memukau.
  • Pemenang Oriental Princess 2024: Gelaran Oriental Princess 2024 berjaya diraih oleh Natashaa, memperkukuh statusnya dalam dunia peragaan.
  • Model Pereka di BKIFW 2024 di Bangkok: Natashaa turut beraksi sebagai model untuk pereka fesyen dalam Bangkok Kids International Fashion Week 2024.
  • Pemenang Miss Malaysia Little Kebaya 2024: Beliau juga telah diiktiraf sebagai pemenang dalam pertandingan Miss Malaysia Little Kebaya 2024.
  • Pemenang Anugerah Model Junior Antarabangsa 2024: Prestasi Natashaa di peringkat antarabangsa terbukti dengan kemenangan dalam Anugerah Model Junior Antarabangsa 2024.
  • Model untuk Pertunjukan Fesyen TY Malaysia 2024: Natashaa turut menjadi model dalam pertunjukan fesyen TY Malaysia pada tahun 2024.
  • Naib Juara CCAC Times Model Finals 2024



Natashaa telah mengakhiri pertandingan ini sebagai Naib Juara, Naib Juara CCAC Times Model Finals 2024

untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai model muda berbakat.

Dengan bakat semula jadi dan dedikasi yang tinggi, Natashaa terus memukau industri fesyen dan peragaan, menjadikannya salah seorang bakat muda yang patut diberi perhatian di Malaysia. - KitaReporters

11
12
0
16
0

Copy Link: