Sharnaaz, netizen sekolahkan Azhar? Label ketua Hamas tak cerdik? Pentingkan diri dan kejar syahid?

Published by
KitaReporters


Pelakon Azhar Sulaiman dilihat sering kali mengulas isu-isu besar sama ada dalam dunia hiburan atau sebaliknya. Dia menggunakan media sosial sebagai platform melontarkan idea dan pendapat sendiri. 

Adakala pendapatnya itu dipersetujui dan sebaliknya.

Baru-baru ini (27 Oktober 2023) dia telah membuat hantaran dalam Instagram berkenaan ketua Hamas. Malangnya, pendapatnya kali ini tidak dipersetujuiorang ramai termasuk rakan artis seperti Sharnaaz Ahmad dan juga Ellie Suriaty. Namun paling lantang membidas kenyataan Azhar Sulaiman ialah Sharnaaz. Ibarat buku bertemu ruas!



Dalam kenyataan tersebut, Azhar menempelak pejuang Hamas dengan mengatakan mereka tidak cerdik dalam mengatur strategi peperangan tidak seperti panglima perang Islam dahulu. 

Tegasnya lagi, ketua Hamas hanya pentingkan diri untuk mengejar mati syahid sedangkan rakyat Palestin dibiarkan menjadi mangsa.

Tidak setuju dengan pendapat tersebut, Sharnaaz tampil membidas kenyataan itu dalam ruangan komen. 



Menurut Sharnaaz, Azhar tidap patut mengeluarkan kenyataan itu sedangkan dia tidak berada di tempat ketua atau pejuang-pejuang Hamas. 

“Hamas bijak atau tidak, mereka yang angkat senjata dan pertahankan tanah air mereka, pertahankan Islam. Kita? Belum tentu kita mampu bila musuh seribu kali ganda lebih kuat daripada kita,” tulisnya.



Merasakan pendapatnya betul, Azhar membalas bidasan tersebut dengan menekankan tentang strategi perang kali ini. Dia mempersoal strategi yang dilakukan oleh ketua Hamas tanpa memikirkan nasib rakyat Palestin.

Sementara itu, perdebatan antara kedua-duanya mendapat perhatian netizen. Rata-ratanya menyokong pendapat yang dilontarkan oleh Sharnaaz. 

Menurut mereka, tindakan pejuang-pejuang Hamas adalah bersebab. Malah, mereka tidak pernah sesekali menyalahkan Hamas kerana pejuang-pejuang tersebutlah satu-satunya harapan rakyat Palestin.




Setelah merasakan pendapatnya itu mengundang kontroversi dan tidak puas hati banyak pihak, Azhar dilihat telah memadam hantaran tersebut. Satu tindakan yang matang daripada pelakon ini. 

Namun, perlu diingat sebagai figura dikenali, jangan cuba menyimbah minyak di dalam api. - KitaReporters


9
13
0
13
0

Copy Link: