Jason turut dibantu oleh Eric Ong selaku pengarah ini merupakan terbitan Astro Shaw bersama SOL Pictures dan GV Corporate Advisory. - Kredit video: YouTube Astro Shaw. 


Jika sebelum ini  filem bertemakan sukan bola sepak dan badminton diadaptasikan dari cerita sebenar perjalanan atlet itu, kini satu lagi sukan iaitu krtiket bakal ditengahkan kepada masyarakat umum berkenaan kisah mereka mencipta nama dalam sukan itu. 

Sukan kriket mungkin tidak popular seperti sukan teras di Malaysia namun kejayaan pelajar dari Felda Bukit Rokan Utara, Negeri Sembilan dalam menempa nama sehingga peringkat antarabangsa harus diberikan perhatian.

Filem bertajuk Gemencheh Boys menceritakan berkenaan kisah enam sahabat di sekolah rendah nakal dan sering bersama-sama dalam melakukan sesuatu perkara serta sering dilabelkan sebagai pelajar bermasalah di sekolah tersebut. Malah mereka mempunyai gelaran yakni enam jahanam. 


Dari budak nakal sehingga menjadi perhatian semua pihak. Filem yang harus ditonton oleh masyarakat. 


Namun Cikgu Azman hadir mengubah segalanya apabila membantu pelajar ini dari dipandang serong sehingga diangkat menjadi wira untuk membanggakan nama sekolah serta Malaysia. 

Antara kejayaan adalah memenangi pingat emas Sukan SEA 2017 dan membantu Malaysia bermain di Piala Dunia Kriket pada 2019. 

Pujian perlu diberikan kepada pengarah merangkap penulis skrip cerita ini, Jason Chong yang berani mengetengahkan kisah inspirasi ini kepada orang ramai. 

Ia bukan tugas mudah kerana perlu mencari elemen yang menarik untuk memastikan penonton tersentuh terutama perasaan mereka. 

Jason sendiri megakui ia bukanlah tugas mudah kerana perlu bekerjasama dengan pelakon kanak-kanak yang kurang mahir dan tiada berpengalaman dalam dunia lakonan. 

"Pada awalnya mereka sangat malu bila diletakkan di hadapan kamera namun sedikit demi sedikit kita bantu dan saya bangga dengan mereka kerana telah berikan yang terbaik dalam filem ini tertuama dari segi penghayatan wataj yang diberikan,''katanya. 

Namun begitu, itu bukan masalah besar buat dirinya apabila kesemua pelakon kanak-kanak itu diberikan kelas dan diajar sebelum memulakan penggambaran filem itu. 



Pekin Ibrahim yang diberi tugas untuk membawa watak Cikgu Azman turut mengakui ia bukan perkara mudah kerana perlu melakukan persediaan yang rapi. 

''Saya upah orang untuk membantu saya dalam menjayakan watak ini dan melihat sendiri bagaimana Cikgu Azman bercakap dengan pelajar agar saya boleh menirunya dalam melakonkan semula,''katanya. 

Selain Pekin Ibrahim beberapa pelakon turut membintangi filem ini seperti Farah Ahmad, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan ramai lagi. 

Untuk watak kanak-kanak itu dilakonkan oleh Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq.

Filem ini turut mendapat sokongan penuh dari Malaysia Cricket Association dan Kementerian Belia Dan Sukan. 

Pihak yang terbabit mungkin boleh membawa pelajar sekolah menonton dan mana tahu, berkat kisah ini mampu melahirkan pelajar yang berjaya selepas ini. - KitaReporters


16
12
0
12
0

Copy Link: