Hariz Hamdan tayang tubuh jika diminta pengarah! Tapi tak berlebihan! Berguru dengan Ellie Suriaty!
Published byNAMA pendatang baharu dalam dunia lakonan, Hariz Hamdan, 20, semakin mendapat perhatian ramai. Bekas peserta pertandingan Hero Remaja 2020 itu memulakan kerjaya sebagai pelakon menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta.
Meskipun berpeluang melakonkan beberapa drama seperti Kisah Cinta Rumi, Single Terlalu Lama, Terlerai Noktah, Ahli Bapak Bapak Club, Air Masa Allisya, Cnta Hilang Kata dan Biarkan Ia Pergi, namun Hariz tetap menganggap dirinya masih kurang ilmu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan drama-drama bersiri
Hariz Hamdan pernah menyertai pertandingan Hero Remaja 2020 sebelum menceburi dunia lakonan.
Bagi memastikan lakonannya setanding dengan barisan pelakon yang bakal bergandingan dalam drama terbaharu kelak, Hariz atau nama penuhnya, Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, sedia berguru dengan aktres Ellie Suriaty.
Pemegang watak Badry dalam drama, Biarkan Ia Pergi yang disiarkan di slot Samarinda, TV3 itu mengambil langkah tersebut sebagai persediaan sebelum memulakan penggambaran drama yang diadaptasi daripada novel popular, Andai Itu Takdirnya.
Hariz mengambil inisiatif memperlengkapkan diri dalam lakonan dengan bimbingan Ellie Suriaty kerana dia bakal bergandingan dengan barisan pelakon berkaliber seperti Nad Zainal dan Syukri Yahya.
Rezeki Hariz dalam bidang lakonan tak pernah putus.
“Walaupun telah membintangi beberapa buah drama sebelum ini, namun saya sedar novel Andai Itu Takdirnya mempunyai pengikut yang ramai.
“Ditambah berlakon dengan Nad Zainal dan Syukri Yahya yang kita tahu memang seorang pelakon yang hebat, jadi saya mahu lakonan saya kelihatan baik.
“Jujur, seram juga tetapi ini adalah peluang yang terbaik untuk saya, jadi saya tidak mahu sia-siakan kepercayaan yang diberi oleh pihak produksi. Bagi meningkatkan mutu lakonan saya percaya perlu ada inisiatif daripada pelakon sendiri,” tutur Hariz yang akan mula penggambaran drama 60 episod itu dalam waktu terdekat ini.
Selain
mempersiapkan diri dengan ilmu lakonan, anak ketiga daripada empat beradik itu
juga bersikap terbuka andai diminta pengarah untuk menayangkan badan dalam
drama lakonannya.
Menurut Hariz, sebagai pelakon dia mempunyai tanggungjawab untuk menjayakan watak sebaik mungkin namun, tetap ada batasannya.
Sedia menayang tubuh badan jika dipinta pengarah tapi tidak berlebihan.
“Sebagai pelakon apa yang diminta pengarah saya akan bagi kerana itu adalah sebagai kerja pelakon. Pengarah minta saya buka baju, saya akan buka tetapi tidak berlebihan.
“Sebelum ini
saya pernah buka baju dalam sebuah drama. Itupun saya mengambil masa yang lama
berbincang dengan pengarah mengenai babak tersebut.
“Sebagai manusia saya mempunyai hak dan ada batasnya. Saya juga ada maruah untuk dijaga, bukan buat apa sahaja demi mendapatkan tawaran lakonan,” ujar Hariz yang baru-baru ini menayangkan badannya dalam drama Biarkan Ia Pergi.
Hariz yang ditemui pada sesi fotografi di DXN Cyberville, Cyberjaya baru-baru ini, bagaimanapun hanya akan melakukan perkara itu jika kena dengan jalan cerita. - KitaReporters
Sanggup berguru dengan Ellie Suriaty sebagai persediaan untuk drama Andai Itu Takdirnya.