Menarik sekali! Penyokong minat nak beli saham Kelantan FC! jika terjadi, ia satu sejarah baharu!

Published by
KitaReporters


JIKA sebelum ini kebanyakan pemilik kelab bola sepak akan dipegang oleh pemilik persendirian, syarikat tertentu atau dikuasai kerajaan negeri. Setakat ini, belum ada lagi pemegang taruh kelab berkongsi bersama peminat-peminat kelab itu. 

Mungkin Kelantan FC akan menjadi yang pertama di Malaysia merealisasikan perkara itu dan sudah pasti ia menjadi lakaran sejarah baharu di Malaysia. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kelab bola sepak Kelantan FC


Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman ada memuat naik satu posting dalam media Facebook rasmi miliknya dengan menyatakan bahawa beliau ada menerima permohonan rasmi daripada penyokong-penyokong setia The Red Warrior (TRW) Kelantan FC yang mereka berminat untuk membeli saham Kelantan FC sebanyak 5 peratus pada harga RM3 juta

Menurutnya, beliau akan berkongsi (cadangan ini) kepada umum jika ia menjadi. 

Jika semua berjalan lancar, sudah pasti kita dapat melihat ia satu lagi kejayaan untuk pemilik Kelantan ini kerana ia membuka peluang untuk penyokong-penyokong setia bersama-sama dengan Kelantan FC dalam menjana pendapatan

"Insya-Allah valuation TRW Kelantan FC akan semakin naik jika dapat buka padang latihan di setiap jajahan negeri Kelantan yang seterusnya baik untuk ubi-ubi muda. TRW Int Football academi juga akan menjadi platform terbaru memperkuatkan ekosistem." 

"Saya juga plan nak buka lebih banyak TRW Shop. Mudahan Allah SWT permudahkan impian dan urusan kita semua," kata Norizam atau lebih terkenal dengan panggilan Bos Zam Burger.

Penulis yakin bahawa pemilik Kelantan FC pasti akan lakukan sesuatu untuk pastikan impian peminat menjadi kenyatann kerana beliau adalah orang perniagaan dan sudah pasti beliau lebih arif dalam bab perniagaan terutama berkaitan aspek saham ini. - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB Kelantan FC 

10
10
0
16
0

Copy Link: