Produk inai jenama Nunha yang dikeluarkan sejak Jun 2022 lalu oleh pasangan suami isteri Noor Nelofa Mohd Noor, 33, dan Haris Ismail (PU Riz), 27, menjadi panas apabila dipertikai oleh sebahagian orang ramai yang meragui status halal inai yang dikeluarkan.

Untuk mendapatkan pengesahan logo Halal, ia memerlukan proses tertentu dan mengambil masa.

Enggan orang ramai terus dibelenggu dengan kekeliruan dan tanda tanya mengenai penggunaan inai sama ada sah solat di bawah jenama Innai Nunha itu, selebriti dan usahawan popular itu dan suaminya terpaksa menggunakan cara tersendiri untuk menghilangkan keraguan orang ramai.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penggunaan inai

Neelofa dan PU Riz bersama Dr Mohd Zulhelmi Rozaimi


Bagi mendapatkan pengesahan cepat, PU Riz menghubungi Universiti Malaysia Trengganu (UMT) untuk melakukan ujian dan membuat pengesahan terhadap ketelapan produk inai Nunha. PU Riz datang sendiri ke UMT bersama petugas membuat rakaman ujian dijalankan.

Dan untuk memberi pengesahan status inai Nunha, pasangan suami isteri itu mendatangkan Profesor Madya ChM Dr Mohd Zulhelmi Rozaimi yang merupakan pakar kimia dari UMT dengan pesawat untuk hadir pada majlis sidang media di diadakan di Hotel Four Season di ibu kota, pada Jumaat, 22 Julai 2022.


Neelofa turut memakai inai Nuha

Menurut Neelofa, UMT tampil membuat penerangan secara saintifik berhubung kandungan bahan yang terdapat dalam inai jenamanya bagi membuang keraguan orang ramai dan pengguna.

“Sebelum menjual inai ini kami dah tahu ia memiliki ciri telap air atau serap air dan ia sah dibawa solat. Tapi nak buktikan dengan orang ramai, tak cukup cuma dengan kata-kata.

“Jadi, kami dapatkan pakar kimia dari UMT untuk memberikan penerangan mengenai perkara ini dari sudut saintifik,” katanya dalam sidang media itu.



Neelofa juga tidak menolak,  kekeliruan ini muncul apabila ada pengguna menyangka dan mengukur inai jenama Nunha tidak sah dibawa solat dengan cara mengikis inai pada kuku.

“Cara mengikis itu tidak tepat sebab ada beberapa faktor lain seperti ketebalan kuku dan sebagainya. Memang sedih, geram dan marah apabila orang buat tuduhan begitu tentang produk inai kami.

“Tapi kami faham orang kita ini risau tentang solat dan kita kena buat usaha lebih untuk hilangkan was-was pengguna. Kalau orang risau, kami lebih risau sebab tak nak orang cakap guna atas nama agama (isu sah solat). Takkanlah kami tak berhati perut dan nak menipu,” katanya.



Neelofa menambah, dia tidak menolak selama kekeliruan berhubung perkara ini timbul, ia memberi kesan kepada keyakinan pengguna.

“Bila ramai yang was-was, mereka jadi ragu-ragu untuk beli dan ada yang kata nak tunggu ujian halal dahulu. Saya harap dapat jelaskan segala keraguan ini menerusi cara ini.

“Kita dah bawakan tenaga pakar untuk buat pembuktian ini dengan sangat jelas. Mungkin selepas ini, peniaga lain juga boleh gunakan cara yang sama dengan mendapatkan penjelasan pakar universiti jika terdapat isu seperti ini,” katanya. 



Dalam pada itu, Profesor Madya ChM Dr Mohd Zulhelmi Rozaimi dari Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT menerangkan dari aspek mofologi, inai keluaran Neelofa didapati mempunyai ciri hidrofilik atau telap air dengan 85 peratus kandungan itu adalah daripada daun inai itu sendiri.

Tambahnya, sebanyak 15 peratus bahan kandungan lain yang terdapat dalam inai tersebut terdiri daripada bahan stabilizer, bahan pengawet dan bahan penebal dari sumber semula jadi.



Sementara itu Neelofa Dalam Instagramnya meluahkan perkara yang menjadi kegusaran kini telah dapat diselesai.

Inai @nunha.co telap air! Alhamdulillah. Antara usaha kami dalam memastikan anda sebagai pengguna, dapat menggunakan inai Nunha tanpa kerisauan dan ragu-ragu.

“Diharapkan, ini dapat memberikan sedikit kelegaan dan dalam masa yang sama, Lofa nak ajak para pengusaha inai yang lain, turut serta melakukan ujian yang sebegini. Demi kesejahteraan pengguna. Semoga urusan kita semua dipermudahkan,” kata Neelofa. - KitaReporters


10
11
0
12
0

Copy Link: