Video| Perpaduan adalah kekuatan Malaysia! Kumpulan 1119 lancar lagu Raya Ria! Irama dance pop!
Published by.
Selepas kejayaan lagu Tahun Baru Cina “你说蛇” pada tahun 2025 yang telah meraih lebih 9.6 juta tontonan di YouTube, kumpulan 1119 kini kembali dengan sesuatu yang lebih istimewa!
Buat pertama kalinya, 1119 melancarkan lagu raya, Raya Ria yang menggabungkan elemen muzik tradisional dengan irama dance pop yang segar dan bertenaga!
Lagu ini menghidupkan semangat perayaan dengan gabungan melodi raya yang ikonik dengan ritma moden yang rancak, menjadikannya pilihan sempurna untuk dimainkan sepanjang bulan Syawal.
Sama ada untuk bersantai bersama keluarga, menari dengan rakan-rakan, atau menyemarakkan suasana rumah terbuka, lagu ini pasti mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan!
Walaupun majoriti ahli 1119 berbangsa Cina, 1119 percaya bahawa perpaduan kaum adalah kekuatan Malaysia.
Sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, 1119 harap dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri bakal tiba nanti bersama rakan-rakan berbilang kaum kerana bagi 1119, muzik dan tarian adalah bahasa universal yang boleh menyatukan semua orang.
"Melalui lagu ini, kami ingin menyebarkan mesej kesatuan, keharmonian, dan kegembiraan dalam kepelbagaian!," kata jurucakap kumpulan 1119. - KitaReporters/Kenyataan Media