Video| Terbaiklah! Letak akuarium luar rumah! Jadi tontonan! Berikan kebahagiaan cara tersendiri!

Published by
KitaReporters


PASTINYA tidak semua antara kita mampu membawa keluarga terutama anak-anak melihat ikan di Aquaria KLCC atau tempat-tempat lain yang memerlukan duit bagi bayaran tiket.

Memahami senario itu, seorang individu dari Sungai Petani, Kedah sanggup meletakkan sebuah akuarium besar miliknya di hadapan rumah sebagai tontonan kepada sesiapa sahaja yang berminat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan akuarium



Menerusi aplikasi TikTok @zarefiq, lelaki berkenaan telah memuat naik video memaparkan beberapa individu termasuk seorang dewasa bersama kanak-kanak serta penunggang motosikal yang tidak lepaskan peluang untuk turut merakam gambar.

Video berdurasi 42 saat itu jelas menunjukkan  keterujaan penonton terutama kanak-kanak apabila dapat melihat beberapa spesis ikan secara lebih dekat dalam sebuah akuarium besar seolah-olah seperti di Aquaria KLCC.

Tak semua orang mampu nak g tengok ikan kat Aquaria ataupun tempat lain, tank saya memang kat luar rumah sebab suka tengok diorang happy dan excited,” tulisnya berserta video tersebut.

Menerusi video berasingan, @zarefiq menyatakan beberapa spesis ikan yang diletakkan dalam akuarium berukuran kira-kira 10 kaki itu seperti arapaima gigas (ikan air tawar terbesar), peacock bass temensis, piraiba catfish serta freshwater stingray.


Antara spesis ikan yang ada dalam akuarium.



Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet memuji tindakan individu berkenaan yang melakukan kebaikan dengan membahagikan orang-orang sekeliling dengan cara tersendiri.

Malah, rata-rata netizen juga menyatakan sebenarnya hidup kita akan lebih bahagia apabila dapat bahagiakan orang lain dan mendoakan individu ini terus dimurahkan rezeki atas kebaikan dilakukan.





Jom kita sama-sama berusaha menjadi manusia yang bahagia dengan memberi manfaat kepada sekeliling. Apabila semua orang gembira, setiap perkara pasti akan dimudahkan! - KitaReporters


18
9
0
14
0

Copy Link: