Suri rumah perlu tahu cegah kebakaran! JPNIN anjur kempen keselamatan! Untuk Jiran Wanita KRT!
Published byPeserta Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan bersama Pengarah JPNIN Terengganu Mohd Rosli Alias (tengah)
KEJADIAN kebakaran kerap berlaku pada setiap kali musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri sama ada ia berpunca daripada kecuaian manusia atau disebabkan masalah teknikal akibat sistem pendawaian elektrik.
Pengguna terutama golongan wanita yang bekerja sebagai suri rumah yang banyak melakukan kerja-kerja di dapur perlu diberi pendidikan keselamatan sebagai langkah pencegahan apabila menghadapi bencara kebakaran.
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Dungun, Terengganu mengambil langkah proaktif dalam usaha mendidik golongan wanita dalam menjaga keselamatan berhubung kebakaran.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kejadian kebakaran
Anggota bomba menyampaikan taklimat kepada para peserta mengenai cara menggunakan alat pemadam api
Penganjuran Kempen Keselamatan Kebakaran (Program Suri) Sempena Musim Perayaan Aidilfitri 2022 satu usaha terpuji yang patut dicontohi oleh tempat-tempat lain dalam memberi bimbingan dan kefahaman mengenai pencegahan kebakaran.
Pegawai JPNIN Daerah Dungun, Tengku Mazilawati Tengku Muhamad berkata, kempen tersebut yang disertai ahli Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bertujuan memberi kesedaran kepada golongan wanita mengenai pentingnya menjaga keselamatan di rumah.
Katanya, wanita yang banyak melakukan kerja-kerja harian di dapur berisiko menghadapi sebarang kemungkinan dan perlu mengetahui kaedah mencegah kebakaran.
Menurut beliau, pihaknya beruntung kerana mendapat kerjasama sepenuhnya dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Dungun, yang turun padang membuat demontrasi memadam kebakaran kepada peserta.
“Menerusi demontrasi tersebut peserta dapat melihat sendiri cara-cara memadam api ketika ia masih kecil,” katanya.
Mohd Rosli Alias
Pengarah JPNIN Negeri Terengganu, Mohd Rosli Alias yang merasmikan program tersebut memuji usaha yang dilakukan oleh pihak penganjur dengan mengadakan program keselamatan khusus untuk golongan suri rumah.
Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu Mohd Khairi Mat Rased. - KitaReporters
Pameran pencegahan kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia