SEJUMLAH orang kaya punyai pelbagai perangai pelik kerana punyai kekayaan yang berlebihan.

Atta Halilintar, salah seorang selebriti terkaya Indonesia yang mengaut keuntungan lumayan melalui hasil channel YouTubenya, AH, membelikan dua kereta mewah untuk bayinya yang masih dalam kandungan isteri, Aurel Hermansyah.

Janin si bayi yang dijangka perempuan akan lahir bila-bila masa. Namun dua kereta mewah itu dipercayai bernilai lebih sejuta ringgit dibeli ketika kandungan hanya berusia lapan bulan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hamil



Salah sebuah kereta jenis Tesla berwarna merah jambu (pink) sesuai dengan bakal bayinya berkelamin perempuan. Namun kereta itu akan dipandu oleh ibunya Aurel Hermansyah. 

Selain itu Atta turut membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz Sprinter.

Kereta mewah ini diubah suai bahagian dalamnya bagi kemudahan Aurel yang sedang sarat mengandung dan berjalan-jalan bersama setelah si bayi dilahirkan.


Kereta jenis Tesla dicat berwarna pink kerana bayi diramal berkelamin perempuan

Atta memperlihatkan kereta mewahnya kepada Aurel. - Kredit foto: IG attahalilintar

Kereta ini bagai bas bergerak kerana mempunyai tandas dan katil untuk berehat.

Ia dapat memberi keselesaan kepada Aurel kerana dia terasa hendak buang air kecil setiap 10 minit dan kadangkala setiap lima minit akibat mengandung. Begitu memberi keselesaan berehat atas katil. 

Bahagian dalam kereta yang diubah suai. - Kredit foto: attahalilintar

Mercedes-Benz Sprinter ini mempunyai enjin  4 silinder berkapasiti 2.200cc. Atta sanggup berhabis wang untuk isteri tercinta dan bakal bayinya.

Perkahwinan dengan Aurel pada 3 April 2021 berlangsung meriah di sebuah hotel mewah di Jakarta dengan menelan belanja hampir sejuta ringgit.


Ketika kandungan Aurel sudah sarat, Atta tetap membawa Aurel bercuti bersama anggota keluarganya ke Turki. Dan ketika pulang ke Indonesia, anggota rombongan terpaksa menjalani kuarantin selama 10 hari.

Atta menempah satu lantai hotel bintang lima di Jakarta iaitu Hotel Shahid Jaya dengan kos kira-kira  RM10 ribu semalam. 

Ketika kuarantin itu, Atta meminta kakitangan hotel menyediakan setiap makanan yang diminta Aurel yang sedang kemaruk makan.


Menghitung hari kelahiran bayi pertama

Setelah bayinya lahir, tidak tahulah apa perkara luar biasa yang akan dilakukan oleh lelaki yang bergelumang dengan duit ini.

Atta turut mengadakan derma amal secara berkala. Sekali dengan  pembelian kereta mewah, Atta turut memberi hadiah hari jadi kepada kakitangannya dan orang ramai yang bertuah. - KitaReporters


12
16
1
11
0

Copy Link: