Kredit foto: raisingarizonakids.com


SEJAK permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada tahun 2020, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memastikan pelajar sekolah tidak tercicir dalam mendapatkan akses kepada pendidikan secara dalam talian meskipun mereka tidak hadir ke sekolah.

Memahami keperluan negara dalam memupuk dan membuka peluang tenaga kerja baharu kepada negara, Versatile Straits Sdn Bhd, sebuah syarikat teknologi pendidikan tempatan dengan kerjasama Pacton Technologies telah membina perisian Tinka, sebuah platform pendidikan digital yang dapat membantu mengatasi masalah pelajar pasif ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sepanjang tempoh PKP berlangsung.  


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan PdPR

https://kitareporters.com/search?search=pdpr


Nik Mod Amin Nik Abd Majid, Pengasas Versatiles Straits Sdn Bhd


Menurut Pengasas Versatile Straits Sdn Bhd, Dato Nik Mod Amin Nik Abd Majid, visi Tinka adalah untuk menyediakan platform pendidikan digital yang lancar, tidak mengambil masa yang lama untuk dimuat turun dan boleh mengesan bilangan pelajar di dalam skala yang besar mengikut masa sebenar.

Perisian “pentadbir persidangan kelas” boleh digunakan oleh tenaga pengajar seperti “Interactive Digital Blackboard” sebagai bantuan alat mengajar, katanya dalam satu kenyataan media pada 29 Januari 2021.

Ia turut merangkumi folder yang memudahkan tenaga pengajar dan pelajar untuk menyimpan dokumen, video dan kuiz serta menyediakan pengajaran secara langsung dan kandungan prarakaman berdasarkan permintaan oleh “Tink-educators”.


Cikgu Liyana sedang menunjukkan cara pembelajaran menggunakan 'Lightboard' di Tinka Studio, Bukit Jelutong Shah Alam.


Tinka diposisikan sebagai program Tambahan Penggayaan dan Peningkatan yang mana kandungan metanya ditanda dengan data kurikulum seperti Kawasan Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran bagi membolehkan pelajar menjalani pembelajaran secara kendiri, di samping membantu pembelajaran di dalam bilik darjah dan penstriman secara langsung. 

“Pengguna Tinka akan disokong dengan kandungan animasi “pra dan pascasyarahan” yang dibangunkan secara dalaman oleh Tinka Studio dan rakan strategiknya. 

"Video ini mengandungi “video penilaian-mikro secara dalaman” daripada Soalan Bank Tinka yang digunakan untuk menilai dan menghasilkan profil pelajar. 

"Data-data ini dihasilkan untuk tenaga pengajar, pelajar dan ibu bapa menggunakan borang yang boleh didapati di papan pemuka (Tinka Analytics)”, ujarnya lagi dalam kenyataan itu.

Cikgu Liyana sedang menunjukkan cara pembelajaran menggunakan 'Lightboard' di Tinka Studio, Bukit Jelutong Shah Alam.


“Pelajar pada masa kini telah didedahkan dengan kepelbagaian kandungan pembelajaran yang membuatkan mereka kadangkala berminat untuk mengikuti pembelajaran seperti biasa. 

"Melalui Kecerdasan Buatan Tinka, pengguna dapat mengurus kandungan pembelajaran berdasarkan kepada pendekatan yang dipilih," kata Nik Mod Amin lagi.

Aplikasi Tinka boleh dimuat turun melalui iOS Applestore dan Googole Playstore bermula 1 Mac 2021. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: