Kongsi jumlah subscribers! Dr Zulkifli dituduh gila glamor!
Published byBUKAN senang untuk puaskan hati semua pihak. Malah ia adalah perkara mustahil untuk dilakukan. Apa yang dilakukan walaupun untuk kebaikan, pasti ada sahaja yang tidak menyukainya. Apatah lagi pada zaman media sosial ini ramai pihak yang suka dan hanya tahu mengecam sahaja tanpa selidik terlebih dahulu. : KitaReporters
Dr Zulkifli kelihatan sibuk menjalankan tuganya sebagai Menteri Agama.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Dr Zulkifli:
https://kitareporters.com/search?search=dr+zulkifli
Biasanya golongan yang sering dikecam ialah figura umum seperti artis, selebriti, para menteri dan lain-lain lagi. Malah, golongan agamawan juga tidak terkecuali menerima nasib yang sama.
Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dituduh gila glamor oleh
netizen yang tidak berpuas hati dengannya.
Segalanya bermula apabila Dr Zulkifli berkongsi hantaran dalam media sosial mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana sudi melanggan saluran YouTube miliknya.
Kini YouTube Dr Zulkifli mencecah 50,000 pelanggan setelah lima tahun diwujudkan.
Saluran YouTube milik Dr Zulkifli kini mencecah 50,000
pelanggan (subscribers) sejak kali pertama diwujudkan pada Jun 2015. Justeru,
sebagai menghargainya, Dr Zulkifli menzahirkan rasa terima kasihnya kepada orang
ramai yang mengikutinya dalam saluran tersebut.
“Terima kasih kepada semua pelanggan (subscribers) YouTube saya! Dapatkan informasi yang sahih, tepat dan terkini berkenaan Hal Ehwal Islam di Malaysia melalui Youtube Channel saya di https://youtube.com/c/DatukDrZulkifliMohamadalBakri,” tulisnya.
Dr Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sudi melanggan saluran YouTube miliknya.
Malangnya, hantaran beliau dlam Instagram itu mengundang rasa
tidak puas hati seorang netizen yang menuduh beliau gila glamor.
“Aku rasa menteri inilah yang pertama sibuk pasal YouTube. Satu masalah pun belum dapat diselesaikan. Hairan. Dulu jadi mufti tak glamour agaknya. Jangan tertipu dengan publisiti datuk. Jawatan akan tetap silih ganti berubah,” tulis netizen berkenaan.
Tuduhan membuta tuli ini memperlihatkan masih ada netizen yang bersikap tidak bertanggungjawab.
Sikap biadab dan membuta tuli mengecam serta menuduh
Dr Zulkifli gila glamor mendapat reaksi netizen-netizen yang lain. Mereka
menganggap tuduhan itu amat kerterlaluan dan tidak bertanggungjawab.
Tuduhan itu juga jelas menunjukkan bahawa pihak
terbabit tidak pernah menonton saluran YouTube Dr Zulkifli.
“Isi kandungan YouTube datuk ni bukan pasal prank ke mukbang ke apa tetapi menjawab soalan-soalan yang kita tanya juga. Maaflah, tetapi sebelum bercakap tolong fikir dahulu. Jangan rasa macam kita ni suci sangat,” tulis netizen membalas kecaman daripada pihak berkenaan.
Sementara itu seorang lagi netizen tampil membela dan menjelaskan sebab Dr Zulkifli menggunakan saluran YouTube bagi menyampaikan ilmu dan maklumat mengenai hal ehwal agama.
Penjelasan yang bernas daripada netizen yang menyokong usaha Dr Zulkifli dalam menyampaikan maklumat.
Parah sungguh dengan manusia pada akhir zaman ini. Golongan agamawan pun mahu disanggah dan dihentam tanpa usul periksa.
Bagi sesiapa yang masih ragu-ragu atau tidak tahu apakah isi kandungan (content) saluran YouTube, boleh klik pada link yang telah diberikan oleh Dr Zulkifli dan lihat dengan mata sendiri. - KitaReporters