Peraga anak kembar paling cantik di dunia! Ibu terima kecaman
Published byLagi kisah-kisah berkaitan model:
https://kitareporters.com/search?search=model
Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tiada siapa boleh menutupnya.
Begitulah yang menimpa hidup Jaqi pada setiap kali beliau memuat naik gambar anak-anak kembarnya yang cantik itu, apatah lagi beliau membenarkan dua anaknya tersebut untuk menjadi model.
Jaqi seringkali dikecam kononnya beliau mempergunakan anak-anak perempuannya itu untuk menjana wang atau pendapatan sendiri.
Menariknya, anak kembar itu telah menandatangani perjanjian dengan agensi pemodelan pada usia enam bulan lagi. Namun, mereka berdua tidak diketengahkan atau tidak dikormesialkan oleh jenama berkenaan sehingga mereka menjadi makin besar dan sudah sesuai untuk bergelar model kanak-kanak.
Mereka yang mesra dikenali sebagai Ava dan Leah itu juga turut menandatangani kontrak dengan beberapa jenama lain seperti LA Models, Elis Talent Agency dan God & Beauty.
Pasangan kembar paling cantik di dunia itu pernah berada dalam beberapa siri majalah seperti La Petite, Pakaian Petite Adele, Veg-A-Porter dan Airfish.
Menurut Jaqi, berbanding 2020 ini, Ava dan Leah amat seronok dan gembira kerana seringkali wajah mereka disiarkan dalam majalah-majalan terkenal dunia pada 2019. Namun, bagi tahun ini keadaan sedikit berbeza, mungkin akibat impak negatif Covid-19 yang menyebabkan aktiviti permodelan (peragaan) sedikit terhad.
Ava dan Leah juga lebih bebas ke mana sahaja pada tahun 2019, berbanding tahun 2020 yang memaksa dua anak kembar itu berkurung di dalam rumah akibat virus berkenaan.
"Sama ada pengalaman membeli-belah peribadi, barang-barang dari jenama di seluruh dunia, atau mengambil gambar dengan peminat, gadis-gadis itu telah mengalami perjalanan yang luar biasa tahun (2019) lalu," kata Jaqi kepada media BuzzFeed.
Jaqi menambah, anak-anak gadisnya itu cukup gemar menjadi model secara sukarela, sekali gus menafikan pandangan beberapa netizen yang menganggap bahawa beliau sekadar mempergunakan Ava dan Leah.
Tuduhan tanpa asas ini menyebabkan Jaqi agak terasa hati dan tidak mahu melayan 'suara-suara sumbang' yang ditujukan kepadanya.
Semua ini bermula pada tahun 2017, apabila Jaqi pernah memberi pilihan kepada anak-anaknya itu untuk memilih hobi mereka sendiri.
"Saya melontarkan idea dan pandangan saya kepada anak-anak ini bahawa jika mereka menginginkannya, selain kelas tarian dan latihan pasukan berenang yang mereka lakukan setiap minggu, mereka juga mungkin boleh mencuba bidang pemodelan.
"Saya sama sekali tidak terkejut ketika mereka berdua amat suka dan tidak sabar untuk menceburi bidang pemodelan," katanya kepada media antarabangsa.
Dia menambah ramai dalam kalangan netizen yang menganggap bahawa ibu bapa cuba untuk mempergunakan kelebihan yang ada pada anak sendiri untuk memunggut kekayaan peribadi, namun stigma itu katanya tidak benar.
"Banyak orang menganggap ibu bapa menjana wang melalui anak-anak mereka yang rajin bekerja atau punya kelebihan sendiri. SALAH!
"Saya tahu dalam kes kami dan mungkin dalam kebanyakan kes ibu bapa lain, jumlah wang yang kami keluarkan untuk menyara anak-anak lebih banyak berbanding apa yang mereka dapat.
"Tetapi saya rasa jika anda benar-benar meletakkan semuanya dalam perspektif yang baik, wang yang kita gunakan untuk menyokong anak-anak kita dalam sesuatu perkara yang mereka gemari, akan membolehkan mereka menjana wang mereka sendiri hingga dapat mereka gunakan untuk membayar yuran kolej atau membeli kereta atau rumah pada masa hadapan.
"Oleh itu, jika anda memikirkannya dengan positif, sebenarnya tindakan ini tidak begitu buruk!" katanya. - KitaReporters