Berita Terkini| Elak risiko kebakaran kampung atas air! Garis panduan penempatan perlu dirangka

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Rumah-rumah di penempatan atas air di Sabah ada yang tidak terancang pembinannya, maka terdedah dengan risiko kebakaran. - Kredit foto: FB info.semasa


GARIS panduan lengkap penempatan atas air di Sabah perlu dirangka sebagai satu keperluan bagi elak dan kurangkan risiko kebakaran berulang di perkampungan berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Md Ali Ismail berkata ia sekali gus memastikan rumah-rumah yang dibina di perkampungan air di Sabah memenuhi spesifikasi keselamatan kebakaran.

Menurutnya, beliau akan berjumpa dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi bincangkan perkara itu dan penduduk yang ingin membina rumah di perkampungan atas air perlu berpandukan garis panduan lengkap tersebut.

"Antara inti pati garis panduan itu nanti merangkumi susun atur penempatan, pembinaan jambatan konkrit bagi  halang api dari terus merebak dan dapat digunakan sebagai tempat letak peralatan kebombaan sewaktu operasi padam kebakaran.

"Selain itu, pili bomba dan sumber air alternatif juga perlu diwujudkan kerana kebanyakan kawasan perkampungan atas air di luar pantai tiada dilengkapi kemudahan seumpama itu," katanya dipetik laporan Bernama, 14 Jun 2021.

Tambah beliau, ancaman kebakaran di perkampungan atas air di Sabah tidak mustahil akan terus berlanjutan dan berulang lagi memandangkan pembinaan rumah di kawasan tersebut  kini tidak terancang. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0

Copy Link: