Berita Terkini| Polis berjaya rampas dadah bernilai lebih RM222j! Dadah amphetamine Captagon!

Published by
KitaReporters

Antara sebahagian dadah yang berjaya dirampas dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang. - Kredit foto: Sinar Harian


SEBANYAK 650 kilogram (kg) dadah jenis Captagon dianggarkan bernilai lebih RM222 juta berjaya dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam sebuah kontena  di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor pada 6 April 2021.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata rampasan itu hasil risikan dan kerjasama antara JSJN Bukit Aman dan Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

"Maklumat hasil risikan mendedahkan sebuah kontena daripada sebuah kapal akan dipindahkan ke kapal lain yang akan teruskan perjalanan ke Singapura pada 6 April 2021. Hasil pemeriksaan, didapati kontena itu mengandungi 19 palet kayu berisi kotak dengan setiap kotak punyai empat unit aluminium 'floor spring'.

"Keseluruhan kotak tersebut sebanyak 889 unit kotak. Jumlah keseluruhan pil Captagon dirampas sebanyak 3.86 juta biji dengan anggaran berat keseluruhan 650kg dan  pil ini mengandungi dadah jenis amfetamin (amphetamine). 

"Dadah jenis ini banyak digunakan oleh militan Daesh dan ISIS dan siasatan dijalankan juga mendapati belum terdapat dadah ini di Malaysia setakat ini.  Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika sidang media di Balai Polis Perlabuhan Klang pada 8 April 2021 seperti dilaporkan oleh Sinar Harian Online- KitaReporters

2
0
0
0
0

Copy Link: