AUNTY Lofa macam Princess,” begitu luahan si pipi merah, Siti Aafiyah, anak comel kesayangan penyanyi tersohor, Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebaik sahaja menyambut ketibaan pengacara terkenal, Neelofa, sewaktu pertama kali berjumpanya. - KitaReporter

Artis versatil, Neelofa kini dah ada program bual bicara sendiri, "Next To Neelofa". - Kredit foto: IG @neelofa


Inilah antara babak yang mungkin dapat anda saksikan apabila rakaman episod yang menampilkan Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti dalam program ‘Next to Neelofa’ yang sudah pun memulakan siarannya pada Khamis, 23 Julai 2020 lalu.

Melalui laman sosial media Instagram yang dimuat naik Tok Ti dapat didengar pelantun lagu ’Anta Permana’ itu pun terkedu melihat gelagat Aafiyah yang menyambut mesra ketibaan Lofa sehingga kata Tok Ti, “dengan orang lain dia tak buat macam ini tau Lofa."

Jika anda nak tahu dan tak sabar melihat gelagat Aafiyah dan Lofa ini pastikan anda sentiasa ‘standby’ untuk berada di hadapan kaca TV setiap hari Khamis jam 9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124)



‘‘Next to Neelofa’  merupakan program bual bicara eksklusif daripada pemilik nama penuh, Noor Neelofa Mohd Noor, 31, yang berdurasi selama 60 minit sepanjang 12 buah episod terbitan Astro Ria.

Jadi bagi mereka yang merindui penampilan Neelofa setelah mengambil keputusan mengundurkan diri dari program hiburan infotainmen popular “MeleTOP” yang dikendalikan bersama Nabil Ahmad, kini boleh mengubati rindu itu melalui ‘Next to Neelofa’ yang membawakan namanya sendiri.

Melalui program yang dirakamkan secara ‘live to tape’, artis dan usahawan versatil ini akan menampilkan tetamu undangan VIP yang terdiri daripada personaliti ternama tanah air termasuk figura berpengaruh dalam bidang tertentu.


Melalui sesi temu bual eksklusif yang bersifat ‘up close & personal’, Neelofa akan mengetengahkan pelbagai perkongsian peribadi yang mungkin tidak pernah dikongsikan sebelum ini merangkumi topik penjagaan diri, kesihatan, kecantikan, kekeluargaan, cinta, fesyen, kerjaya, empayar perniagaan, motivasi, inspirasi dan sebagainya.

Malah lebih menarik lagi, rakaman program dimulai dengan bacaan doa oleh Neelofa sendiri. Terbaik kan?

“Selain populariti Neelofa yang mampu menarik tontonan pelbagai lapisan masyarakat, program ini turut menjadi platform untuk mendekatkan lagi golongan VIP berpengaruh tanah air yang sering menjadi ikutan dan rujukan masyarakat di luar sana,“ ujar Emarina Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria.

Menurutnya, pada asalnya, ‘Next To Neelofa’ dirancangkan untuk bersiaran selama 8 episod sahaja tetapi pihak Astro membuat keputusan untuk menyambung empat lagi episod tambahan bagi melengkapkan musim ini. 

“Untuk makluman, program ini juga masih lagi dalam fasa penggambaran dan sebanyak enam buah episod sudahpun dirakamkan setakat ini,” tambah Emarina.



Lofa bersama (dari atas) Hans Isaac dan Tiara Jacqueline serta Neelofa juga mahu tahu apa yang 'Ella rasa?'.


Selain menampilkan bekas kekasihnya, Dato Hans Isaac pada episod pertama Khamis lalu, antara barisan VIP lain termasuk Siti Nurhaliza adalah Datuk Rizalman Ibrahim, Puan Sri Tiara Jacquelina, Ella Aminuddin mahu pun figura terkenal seperti Datuk Lee Chong Wei, Dato Redzuawan Ismail aka Chef Wan,  Chryseis Tan dan ramai lagi.

Ketika rakaman episod yang menampilkan isteri kepada SM Faliq Nasimuddin, Chryseis Tan, beliau telah  mendedahkan nama pilihan yang bakal diberikan kepada bayi perempuan yang sedang dikandungkannya secara eksklusif kepada Neelofa. 

Ini merupakan kali pertama Chryseis berkongsi tentang nama tersebut dengan orang lain selain suaminya.

Wow! Eksklusif sungguh tu. 

Jadi pastikan anda tandakan kalendar pada setiap hari Khamis selepas ini agar tidak ketinggalan menyaksikan ketrampilan, kebijaksanaan dan kepetahan Neelofa selaku pengacara yang mengendalikan program ini secara solo buat pertama kalinya. - KitaReporters

Lofa bersama Chryseis Tan

17
0
0
0
0

Copy Link: