Tak perlu naik lif! Saharul syukur dapat rumah seperti didoa

Published by
KitaReporters

SENJATA paling hebat buat umat Islam adalah doa! Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT walaupun adakalanya doa kita itu belum dimakbulkan oleh-Nya. Apa yang berlaku ke atas pelakon popular, Saharul Ridzwan ini boleh dijadikan contoh. Tiada apa yang mustahil kalau kita bekerja keras dan terus berdoa untuk mendapatkan apa yang diidamkan. : KitaReporters

Pada 13 Jun 2020 yang lalu, Saharul menimang cahaya mata kedua bernama Fateema Azzahra. 


Saharul berkongsi berita gembira dalam Instagramnya apabila berjaya memiliki sebuah rumah yang sudah lama diidamkan. 

Malah, setiap kali berdoa, dia tidak pernah lupa untuk menyelitkan impiannya itu.

“Rasanya dua tahun lepas, saya pernah post kat IG (Instagram), saya doa saya nak duduk rumah yang senangkan kami sekeluarga. 

"Tak perlu naik lif sebab setiap masa nak angkat barang macam payah lagi-lagi apabila beli barang dapur.

“Jadi tahun ini Allah makbulkan doa saya. Rumah saya sendiri ni parking betul-betul depan pintu, sama aras dengan rumah. Jalan beberapa langkah je sampai dah rumah,” tulisnya.

Saharul bersyukur doanya untuk memiliki rumah tanpa perlui menaiki lif dimakbulkan.


Selain itu, menurut Saharul, dia tetap bersyukur walaupun masih belum lagi dapat memiliki rumah atas tanah (landed). 

Justeru, dia sentiasa berdoa dan menyeru orang ramai agar sentiasa berbuat sedemikian kerana ganjarannya terlalu besar.

“Walaupun belum lagi dapat beli rumah landed, tapi Allah makbulkan doa saya. Dan saya yakin inilah yang terbaik untuk saya pada waktu ini. 

"Alhamdulillah. InShaaAllah, bila sampai masa, kita pindah rumah landed pula ye sayang @deenaemir. Kuasa doa, usaha, sabar dan tawakkal. InShaaAllah.

“Berdoalah setiap hari kepada Allah. Mintalah setiap hari kepada Allah. Tunaikanlah apa yang diminta daripada kita sebagai hambaNya. InShaaAllah, ganjaran Allah lebih besar daripada apa yang boleh dinilai oleh kita,” ujarnya penuh kesyukuran.

Selain berkongsi kata-kata yang penuh kesyukuran dan positif, Saharul turut berkongsi video yang menunjukkan rumah baharunya itu yang kini dalam proses pengubahsuaian rekaan dalaman.


Sementara itu, netizen turut tumpang gembira dan bersyukur. Malah, mereka bangga melihat kejayaan tersebut.


Semoga contoh yang ditunjukkan oleh Saharul ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai perlunya berusaha dan berdoa untuk mendapatkan apa yang diimpikan.

Malah, lebih membanggakan, Saharul tak lupa akan isterinya yang banyak menyokong dan setia di sampingnya. - KitaReporters

3
3
0
0
0

Copy Link: