PADA September 2020 lalu, selebriti popular Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, pernah dikritik kerana tidak sensitif dengan etika pemakaian seragam pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS)Isteri kepada penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz ini memakai pakaian tersebut ketika menyambut hari lahir salah seorang ahli keluarganya. : KitaReporters


Tindakan Bella memakai uniform pramugari MAS ketika menghadiri majlis hari lahir mengundang kecaman.


Lagi cerita-cerita berkaitan kontroversi:

https://kitareporters.com/search?search=kontroversi


Pakaian tersebut tidak boleh dipakai sesuka hati apatah ketika majlis hari lahir. Malah, mereka yang bekerja dalam sektor penerbangan juga sama sekali tidak akan memakai pakaian tersebut di mana-mana tempat terbuka kerana menyalahi etika.

Walaupun perkara tersebut sudah berlalu dan senyap, namun atas rasa tanggungjawab, Bella akhirnya mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut dalam Instagramnya pada hari ini, Khamis 5 November 2020.


Bella bersama anak-anak hasil perkahwinannya dengan Aliff Aziz.


Menurut Bella, tindakannya memakai pakaian tersebut dek kerana cita-citanya sejak kecil lagi untuk menjadi pramugari. Jadi, peluang tersebut digunakan ketika menghadiri majlis sambutan hari lahir yang bertemakan ‘dream job’ atau kerjaya impian.

“Salam Hi everyone. Hari ni baru Bella berkesempatan untuk bercerita serba sedikit tentang ‘MAS Uniform’ yang dipakai Bella pada 16/09/2020 lalu sempena tema ‘dream job’ birthday Aidil.

“Bella memutuskan untuk memperagakan MAS uniform tersebut semata-mata kerana kerjaya pramugari MAS yang merupakan kerjaya impian Bella sejak kecil lagi. Pihak MAS sendiri ada berjumpa dengan Bella dan menerangkan dengan terperinci akan keistimewaan uniform tersebut.

“Alhamdulillah banyak pengetahuan yang Bella peroleh yang mana Bella rasa sangat bermanfaat untuk dikongsikan kepada orang ramai terutama yang hanya mengetahui serba sedikit tentang sejarah MAS.

“Sebagai seorang pelanggan setia MAS, saya sentiasa mengagumi MAS dan seperti yang semua tahu, Bella berasal dari Sabah dan memang dari kecil menaiki MAS untuk perjalanan ulang alik ke KL.



“Atas perkongsian ilmu daripada pihak MAS, sejarah menunjukkan bahawa uniform MAS yang digunakan sehingga sekarang adalah asalnya ciptaan Fakulti Art & Design UiTM Shah Alam pada tahun 1983 yang dicetuskan daripada Perdana Menteri kita ketika itu bagi membangunkan syarikat penerbangan domestik.

“Corak yang ada pada uniform juga melambangkan jati diri negara kita, iaitu corak bunga raya. Oleh yang demikian, adalah tidak dinafikan bahawa uniform MAS ini adalah sangat istimewa dan suatu kebanggaan di mata rakyat Malaysia,” tulisnya.

Justeru, menyedari kesilapannya itu, Bella memohon maaf kepada semua kerana memakai pakaian tersebut tanpa mengetahui segalah maklumat tentangnya.

“Dan daripada Bella sendiri, Bella mohon maaf kerana telah menggunakan uniform tersebut tanpa mengetahui lebih awal akan info, sejarah, dan etika berkenaan uniform MAS.

“Untuk ingatan bersama orang ramai juga supaya lebih berhati-hati agar MAS Uniform tidak disalahgunakan. Terima kasih banyak pihak MAS meluangkan masa dan sudi berjumpa,” jelasnya.


Perkahwinan pasangan ini sudah beberapa kali diuji namun jodoh mereka masih panjang.


Kebanyakan pakaian seragam mempunyai etika tersendiri. Sedangkan mereka yang bekerja dalam bidang tersebut pun tidak sewenang-wenangnya memakai di khalayak umum apatah lagi kita yang tiada kena-mengena.

Semoga ia menjadi pengajaran untuk semua. Tak salah kita belajar daripada kesilapan dan memohon maaf. - KitaReporters


0
3
0
0
0

Copy Link: