Dah ada dua papan amaran maut! Rakyat Malaysia memang degil!
Published byMENGAPALAH susah sangat untuk kita mengikuti arahan yang telah ditetapkan? Amaran terhadap kemungkinan maut tu! Tapi ternyata masih ada rakyat Malaysia yang degil dan tidak mendengar kata ataupun arahan yang diberikan. Senang cerita korang memanglah tak sayang nyawa langsung. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita dari Terengganu:
https://kitareporters.com/search?search=Terengganu
Dalam Facebook tular sebuah gambar yang dikongsikan oleh Radziah Sulaiman memaparkan beberapa orang sedang mandi manda di Air Terjun Belukar Bukit di daerah Hulu Terengganu.
Rata-rata penduduk sekitar menggelar kawasan Air Terjun Belukar Bukit sebagai lubuk mati lemas atau 'tempat makan orang' kerana hampir setiap tahun pasti ada nyawa yang diragut.
Oleh sebab itu Majlis daerah Negeri telah meletakkan tanda amaran. Tetapi masih ramai yang degil dan mandi manda di kawasan air terjun itu. Tanda amaran itu menyebut:
Kawasan maut, telah meragut 18 nyawa dari tahun 2003, AWAS! mungkin anda mangsa seterusnya jika mandi di sini.
Menurut Radziah Sulaiman, ternyata terdapat dua papan amaran besar-besar memberi amaran kepada masyarakat, namun masih ramai yang berani mandi di kawasan tersebut.
Kami orang kampung sekitar pun tak berani nak mandi kawasan lubuk tu. Sebab kami dah tahu tentang lubuk tersebut. Kebanyakan orang yang mati lemas kat situ adalah orang luar kawasan.
Paling mengerikan lubuk belukar bukit ni pernah telan 5 beranak, sekali gus dan banyak tragedi mati lemas yang lain.
Sarannya agar kerajaan mengambil langkah seperti menutup kawasan tersebut untuk mengelakkan tragedi mati lemas berulang lagi. Rata-rata netizen marah dengan kedegilan masyarakat kita, yang masih lagi tak mengambil pengajaran daripada kejadian yang berlaku sebelum ini.
Manusia makin ditegah makin degil
Berhati-hatilah ketika sedang mandi manda bersama ahli keluarga, kerana kita semua tak tahu apa yang akan jadi. Pakailah jaket keselamatan ketika sedang mandi manda untuk mengelakkan kejadian mati lemas. - KitaReporters