Video| Alhamdullilah! Almy Nadia stabil! Pembedahan buang cyst! Fizz Fairuz syukur isteri selamat!
Published byPelakon Datin Almy Nadia Aminuddin Shah, 36, selamat menjalani pembedahan membuang sista (cyst) atau ketulan pada rahim di sebuah hospital swasta di ibu negara dan kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara itu diumum oleh suaminya, Datuk Fizz Fairuz (Mohd Fairuz Zainal Abidin), 43, dalam Instagramnya pada Ahad, 25 September 2022 dan bersyukur isterinya selamat menjalani pembedahan.
Namun menurut Fizz, isterinya masih dalam pemantauan doktor sebelum boleh dibenarkan pulang.
Almy dimasukkan ke hospital pada petang umaat, 23 September 2022 kerana kurang sihat. Dan doktor mengesan kewujudan cyst, pagi Sabtu, 24 September 2022.
Dan doktor menasihatkan Almy supaya menjalani pembedahan segera bagi mengelakkan mudarat sekiranya dia mahu mengandung pada masa akan datang.
Lalu pembedahan dijalankan pada jam 6.30 petang Sabtu, 24 September 2022.
Fizz sebelum ini, memuat naik beberapa hantaran dalam Instagramnya, memaklumkan keadaan isterinya yang perlu segera menjalani pembedahan bagi membuat ketulan tersebut dan meminta orang ramai mendoakan keselamatan isterinya.
Fizz juga berharap orang ramai tidak keliru dengan keadaan isterinya, berikutan timbul laporan dari beberapa blog yang mendakwa Almy mengandung luar rahim.
Terbaharu, Fizz turut memaklumkan, isterinya sudah mampu bangun dan bergerak seperti biasa.
Fizz dan Almy berkahwin pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan.
“Kepada yang mendoakan, sama ada peminat atau rakan artis, saya ingin ucapkan terima kasih. Kami menghargai keprihatinan dan doa anda semua,” katanya. - KitaReporters