Liga Super 2022: JDT teruskan rentak juara! Tewaskan Kedah 3-1! Biarpun beraksi dengan 10 pemain!

Published by
KitaReporters


MESKIPUN pihak lawan terpaksa beraksi 10 pemain sahaja selama 45 minit ternyata Kedah Darul Aman (KDA) FC gagal menggunakan kelebihan tersebut selepas tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)

Perlawanan yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar ini berlangsung dalam suasana sedikit tegang namun pengadil berjaya mengawal perlawanan ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Liga Super

Kredit foto-foto: FB JDT


Kedah yang beraksi di halaman sendiri membuka tirai jaringan terlebih dahulu pada minit ke-13 menerusi gerakan solo yang cantik daripada Ronald Ngah Wanja sebelum menewaskan penjaga gol JDT. 

Kedah terus menyerang dan hampir mengukuhkan kedudukan namum percubaan tersebut sedikit tersasar. 

JDT cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan dengan pelbagai gerakan. Sedikit kesukaran buat mereka kerana Kedah dilihat bermain sedikit bertahan. 

Jaringan yang dicari akhirnya muncul apabila Bergson Da Silva berjaya melepasi perangkap offside sebelum meledak gol penyamaan buat JDT dan gol peribadi ke-25 dalam Liga Super. 

Sebelum tamat separuh masa pertama, pengadil perlawanan terpaksa memberi kad merah kepada penjaring gol JDT itu kerana bertindak kasar ke atas pemain Kedah. 

Insiden kad merah ini telah menyebabkan berlaku sedikit ketegangan dari kem JDT yang tidak puas hati dengan keputusan pengadil tersebut namum keadaan dapat dikawal sebaiknya. 



Biarpun JDT bermain 10 orang tetapi penguasaan bola lebih kepada JDT sementara Kedah pula seperti bergelut dengan corak permainan mereka sendiri dan gagal menguasai perlawanan.

JDT memperoleh jaringan kedua menerusi sepakan penalti selepas Syafiq Ahmad dijatuhkan dan Leandro Velasquez meletakkan JDT di hadapan 2-1 pada minit ke-60.

Kedah terus ditekan dengan serangan JDT dan pemain pertahanan mereka melakukan kesilapan mudah dan telah menghukum pasukannya sendiri. 

Kesilapan itu digunakan sebaik mungkin untuk JDT mengukuhkan kedudukan selepas Afiq Fazail meledak jaringan ketiga pada minit ke-78.

JDT berjaya mengekalkan kedudukan sehingga tamat perlawanan dan meneruskan rentak kemenangan tanpa kalah dalam liga. - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB JDT

14
9
0
11
0

Copy Link: