Liga Super 2022: Terengganu FC mudah jinakkan Penang FC! Tangga ke-4! Terus buru slot ke Piala AFC!
Published byTerengganu Football Club (FC) bangkit daripada kekecewaan perlawanan akhir Piala FA untuk menjadikan Penang FC sebagai mangsa mereka apabila mencatat kemenangan mudah 3-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dalam perlawanan Liga Super 2022 pada malam tadi, 14 September 2022.
Menerima kunjungan pasukan tercorot liga, skuad kendalian Nafuzi Zain tidak memandang mudah agar apa yang terjadi di Stadium Bandaraya Pulau Pinang sebelum ini tidak berulang di halaman sendiri.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Liga Super
Sebaik permainan bermula, Terengganu lebih menguasai permainan dengan melakukan hantaran pendek dan melakukan serangan.
Faisal Halim membuka tirai jaringan pada minit ke-37 sebelum Tchetche Kipre menyumbat gol kedua sebelum separuh masa pertama tamat.
Penang cuba melakukan kebangkitan dengan kemasukan beberapa pemain baharu namum usaha mereka belum memadai.
Sebaliknya Terengganu terus meledak gol ketika menerusi Kipre sekali lagi pada masa kecederaan separuh masa kedua.
Kemenangan ini membolehkan skuad Penyu berada di tangga keempat dan berpeluang untuk mengejar dua pasukan di atas mereka bagi memburu slot ke Piala AFC.
Sementara Penang terus mencatat kekalahan demi kekalahan dan terus berada di tangga terbawah liga. - KitaReporters