BARISAN pemenang kesemua acara Kejohanan E-sukan HSN 2024 menayangkan hadiah masing-masing di samping para pegawai penganjur. - Kredit foto: MESF


CARTA kedudukan mata keseluruhan Kejohanan E-sukan HSN 2024 yang dijuarai Pahang. - Kredit foto MESF 


HANYA dengan kelebihan dua mata membolehkan Pahang muncul juara keseluruhan Kejohanan E-Sukan Hari Sukan Negara (HSN) 2024, sekali gus mengaut hadiah wang tunai RM8,000 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Presint 3, Putrajaya pada 14 Oktober 2024.

Pahang mengumpul 33 mata berbanding pencabar terdekat, Terengganu, 31 mata malah memenangi acara utama, e-bola sepak Konami antara negeri yang memberikannya 15 mata dan lapan dan 10 mata lagi menerusi futsal dan e-sukan medica.

Kemuncak e-bola sepak Konami menyaksikan Pahang menewaskan Perak 6-5, manakala tempat ketiga menjadi milik Kedah yang mengatasi Pulau Pinang 8-3 dalam perlawanan penentuan terdahulu.


KONTINJEN Pahang bergembira besar meraikan kejayaan sebagai juara keseluruhan Kejohanan E-sukan HSN 2024. - Kredit foto: MESF 


Kata Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Muhammad Naim Al-Amin Saharudin dalam satu siaran media: “E-bola sepak Konami dipertanding buat julung kali pada kejohanan yang disertai 13 negeri dan dua wilayah persekutuan ini. 

“Kami memperkenalnya kerana berpotensi tinggi untuk menyasarkan pingat emas Sukan SEA dan Sukan Asia pada masa hadapan,” katanya di mana MESF dan E-Sukan Putrajaya menjadi Rakan Pelaksana kejohanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), dan Rakan Muda.

Kejohanan E-Sukan HSN 2024 juga menampilkan pelbagai pertandingan permainan elektronik popular seperti PUBG Mobile, Mobile Legends Bang Bang, Free Fire dan Tekken yang menarik lebih 2,000 penyertaan.


PASUKAN Terengganu menayangkan hadiah selaku juara acara futsal Kejohanan E-sukan HSN 2024 di Putrajaya. - Kredit foto: MESF


“Edisi tahun 2023 merakamkan 1,600 peserta iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus kali, manakala angka pengunjung sepanjang kejohanan tiga hari ini, mencecah 10,000 orang berbanding lebih kurang 7,000 pada tahun sebelumnya.

“Kelainan bagi tahun ini (2024) juga ialah pada pengenalan konsep ‘Phygital Games’ iaitu sukan fizikal dan digital yang menyajikan para pengunjung, gabungan futsal dan e-bola sepak bagi mempromosikan ‘permainan secara sihat’ dan “Sembang Kopi Dengan E-Sukan Medica” sebagai platform perkongsian dan kesedaran berkaitan kesihatan dalam e-sukan. - KitaReporters


 

SEBUAH pasukan girang menjulang hadiah juara acara e-sukan Freefire Kejohanan E-sukan HSN 2024. - Kredit foto: MESF 

12
11
0
12
0

Copy Link: