Video| Masya-Allah! Nikita Mirzani sujud syukur! Kekasih peluk agama Islam! Dijangka nikah Mei 2023!

Published by
KitaReporters

NIKITA MIRZANI


ANTONIO DEDOLA


Artis sensasi dari Indonesia, Nikita Mirzani, melakukan sujud syukur kepada Allah selepas kekasihnya, Antonio Dedola melafazkan dua kalimah syahadah tanpa sebarang paksaan daripada sesiapa untuk memeluk agama Islam pada Ahad, 22 Januari 2023. 

``Ashadu alla ilahaillallah wa ashhadu anna Muhammadarasullah,’’ ucap Antonio di hadapan seorang ustaz dalam satu majlis itu dipercayai diadakan di Tasikmalaya, Jawa Barat.  

Sebaik sahaja selesai Antonio mengucap dua kalimah syahadah, Nikita dikatakan dengan wajah tersenyum melakukan sujud syukur kepada Allah sebagai tanda nikmat kesyukurannya akibat kekasih tersayang  berasal dari Jerman itu kini secara rasmi beragama  Islam, lapor Suaramerdeka.com, sebuah portal berita Indonesia pada 23 Januari 2023.  


Lagi cerita-cerita sensasi berkaitan pelakon Nikita Mirzani


NIKITA Mirzani dan Antonio Dedola - Kredit foto : TribunManado.com


Nikita seorang janda berusia 36 tahun mempunyai tiga anak sebelum ini sering terkenal dengan isu-isu kontroversi negatif dan pada minggu lepas Nikita tanpa segan malu telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia  sering mengadakan hubungan seks dengan teman-teman lelakinya termasuk Antonio tetapi dalam masa yang sama Nikita tidak pernah lupa solat subuh.

Dengan pendedahan yang mengaibkan itu yang tidak sepatutnya dilakukan seorang wanita Muslim telah mencetuskan pelbagai kecaman dari netizen di negara seberang itu. 

Namun,  Nikita yang sudah tiga kali gagal mendirikan rumah tangganya dipercayai akan menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi dan dia dijangka berenikah dengan Antonio  pada bulan April atau Mei 2023. 


ANTONIO Dedola sedang melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan seorang ustaz pada 22 Januari 2023. - Kredit foto: TribunManado.com


NIKITA MIRZANI (kiri) ketika Antonio mengucap dua kalimah syahadah. - Kredit foto : TribunManado.com


Dalam pada itu, seorang teman rapat Nikita, Fitri Salhuteru, melalui sebuah video yang dimuat naik di Instagramnya memperlihat Antonio sedang melafazkan dua kalimah syahadah dalam satu majlis yang dihadiri berpuluh-puluh tetamu.

Pada video tersebut, Antonio memakai baju berwarna putih dan bersongkok hitam memegang erat tangan seorang ustaz begitu lancar semasa mengucap dua kalimah itu.

Fitri Salhuteru turut mendoakan agar apa yang dilakukan oleh Antonio dalam segala perkara akan menjadi terbaik buatnya.



``Saya juga berharap hubungan dia dengan Nikita menjadi yang terbaik di kemudian hari dan Antonio, jadilah seorang lelaki Muslim yang terbaik di sisi agama dan pembimbing kepada Nikita.

``Marco Antonio Berenguel Dedola semoga keyakinanmu yang baharu menjadikan dirimu epribadi yang lebih baik, semoga Allah selalu membimbingmu di jalan kebaikan,’’ kata Fitri Salhuteru lagi.

Teman rapat Nikita itu juga turut mendoakan agar Antonio menjadi seorang lelaki beriman dan tauladan yang baik kepada Nikita dan anak-anaknya kelak. - KitaReporters


Kredit foto : TribunManado.com

 

8
9
0
8
0

Copy Link: