PASTI kita sudah biasa dengar ungkapan ‘Cina buta’, ia bukan merujuk kepada seorang Apek (lelaki bangsa Cina) yang buta penglihatan.

Perkataan Cina buta merujuk kepada nikah muhalil atau kahwin kontrak antara seorang perempuan (janda) yang dicerai talak tiga oleh suaminya (suami pertama)

Kemudian seorang lelaki (suami kedua) bersetuju mengahwini janda itu. Suami kedua menceraikan wanita itu selepas mereka bersama dengan niat supaya wanita itu boleh berkahwin semula dengan suami pertama.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan drama bersiri

Drama Cina Buta bukan sekadar tontonan tapi ada pengajaran di sebaliknya.


Para suami yang terlibat merancang pernikahan Cina buta ini dilaknat oleh Nabi dan Allah kerana hukumnya adalah haram, batil, tidak sah dan tidak membolehkan janda itu nikah semula dengan suami pertamanya.  

Tidak dinafikan ramai juga pasangan suami isteri moden yang tidak mengambil berat soal talak ini. 

Bila bergaduh dan dalam keadaan marah akan keluar perkataan cerai. Kalau setiap minggu bergaduh sudah berapa kali perkataan cerai dilafazkan walaupun tanpa niat.


Shahrulezad Mohamedin mahu memperjelas maksud Cina buta menerusi drama arahannya.



Demi mengajar golongan yang memandang enteng soal ini, pengarah prolifik Shahrulezad Mohameddin, mengambil inisiatif menghasilkan drama yang berkisar tentang isu Cina buta menerusi drama Cina Buta, terbitan Radiousone Production.

Drama 18 episod, arahan Shahrulezad itu sepatutnya mula bersiaran di Astro Ria pada pukul 10 malam, 9 November lalu, setiap Isnin hingga Khamis, namun atas beberapa sebab tayangannya ditunda dan akan disiarkan pada 23 November 2022 ini.

Menariknya drama ini menggabungkan barisan pelakon yang lakonan mereka sering menjadi dan tidak perlu dipertikaikan lagi. 

Peranan utama drama ini dipegang oleh Ungku Ismail sebagai Sharnaz, Nad Zainal (Mia Sara), Aliff Aziz ( Alif), Azhan Rani (Tan Sri), Puteri Aishah (Habibah), Didie Alias (Puan Sri), Norreen Iman (Norreen), Anas Ridzuan (Ajin), Aman Aziz (Umar) dan Shamsul Ghau Ghau (Ustaz Ahmad Tungkik).


Barisan pelakon drama Cina Buta hadir pada majlis pratonton drama tersebut di Sunway Velocity Mall, baru-baru ini.


“Kalau nak cerita tentang pemilihan pelakon untuk drama ini, huru hara sikit sebab pelakon asyik keluar masuk. Memang masa buat cerita ini saya bayangkan Is (Ungku Ismail) dan Nad sebab saya peminat lakonan mereka dan rasa mereka dapat buat magik.

“Tiba-tiba Is tak jadi buat dan orang lain masuk untuk watak itu, tak jadi juga. Sekejap, watak tu diberi pada Alif Aziz dan masih bertukar-tukar lagi.

‘Entah macam mana satu hari tu, Is kata dia boleh buat, bertukar lagi watak. Saya bersyukur kerana mereka sangat profesional terutama Alif sebab dia buat saya teruja tengok lakonannya. Is tu tak payah cakap la sebab dia membesar dengan Radius One.


Nad Zainal sebagai Mia Sara dan Ungku Ismail melakonkan watak Sharnaz dalam Cina Buta.


“Begitu juga dengan lakonan Puteri Aishah, dia buat saya terpegun. Sikitpun dia tak komplen wataknya yang tak cantik, dia on saja berlakon. Bila saya kata wataknya kena ada misai, dia kata boleh saja. Dia buat saya rasa teruja dan berjanji akan kerjasama lagi dengan dia di masa akan datang sebab dia tak banyak songeh,” cerita Shahrulezad tentang pelakon yang terbabit dalam Cina Buta.

Apa yang membuat dia rasa terharu adalah pihak Astro tak menganggu kerjanya dari segi pemilihan pelakon, cerita dan pengarahan. Tambahan pula, dia sudah lama tidak mengarah drama bergenre romantik komedi.

“Pada awal, Astro kata Cina Buta ni pada pandangan tipikal adalah isu serius tapi saya tak nak nampak serius. Saya nak buat isu itu penting, macam small kind of dakwah from us tapi saya nak buat dalam keadaan santai dan tidak mahu membebankan penonton.


Awalnya Aliff Aziz rasa gementar bila tahu kena berlakon dengan Nad Zainal.


“Secara dasarnya, tajuk pun pada mulanya Astro tak setuju tapi saya tetap dengan pendirian. Bukan apa, pihak mereka takut jadi isu sebab perkataan Cina buta itu bunyi macam rasis sikit. Saya kata judul Cina Buta paling sesuai sebab ia straight forward dan macam sinopsis.

“Bagi mereka yang tahu tentang istilah Cina buta, tak akan ada masalah. Bagi yang tak tahu, pasti akan tertanya dan kata typo untuk cinta buta. Itulah serba sedikit trivia macam mana boleh timbul cerita Cina Buta,” jelasnya panjang lebar.

Menurur Shahrulezad, drama yang akan disiarkan menerusi slot Mega Drama ini diklafikasikan untuk 18 tahun ke atas dan telah melalui banyak saringan bagi memastikan bila ditayang ia boleh diterima penonton.

“Astro dah check sampai episod empat dan tak ada isu apa pun. Saya punya stail suka mengelak dari segi pertembungan dengan fatwa atau apa saja. Contoh untuk cerita ini, saya akan ambil yang paling basic tentang Cina buta, yang saya tahu, yang saya belajar dan check, Cina buta hukumnya haram.


Sikap panas baran Sharnaz membuatkan dia melafazkan cerai kepada Mia Sara tanpa sengaja.


“Perkahwinan yang berlandaskan Cina buta, automatik terbatal. Itu saja yang saya pegang, saya tak pergi kepada hujah-hujah lain. Saya pegang soal nikah, cerai, talak jangan dibuat main-main. Ada setengah pendapat kata kalau bergurau pun boleh jatuh talak.

“Dalam cerita ini, saya buat kajian kenapa istilah Cina buta itu wujud. Saya bersyukur sebab masa shoot drama ini untuk scene melibatkan hukum hakam di pejabat agama bersama Syamsul Ghau Ghau, dia sendiri adalah seorang yang minat hukum agama. Dia banyak membantu saya.

“Di bilik sebelah kami menjalani penggambaran tu ada pegawai agama. Dia nasihatkan apa yang salah dan tak betul, dia banyak tolong kami. Saya nervous juga sebab hukum agama ini ada banyak pendapat, tak semestinya pendapat saya ini dipersetujui oleh orang lain.

“Mesejnya mudah supaya benda ini jadi perbincangan dan benda ini ada silap dan tidak. Paling penting sebelum buat Cina buta, team media sosial kami dah buat survey dulu dan tanya pendapat orang. 

"Ramai yang tak tahu pasal Cina buta. Saya rasa benda ini bagus sebagai pendedahan kepada orang ramai, apa istilah cina buta dalam Islam,” katanya yang suka menampilkan cerita dekat dengan masyarakat.


Aliff Aziz gembira dapat berlakon di bawah arahan Shahrulezad.


Sementara itu, Aliff mengakui yang dia gementar apabila mendapat tahu perlau berlakon di samping Ungku Ismail dan Nad Zainal yang memang terkenal dengan lakonan padu dan mantap.

“To be honest, sebelum dapat tawaran berlakon dalam Cina Buta ini saya sangat nervous dengan lineup cast seperti Ungku dan Nad Zainal sebab saya datang dari muzik background. Memang ada berlakon sikit dan bila dapat tawaran ini pula, abang Ejad sebagai pengarah.

“Kita semua dah tengok karya abang Ejad macam mana, jadi saya jadi terlampau nervous. Macam mana kalau datang kat set tak dapat deliver watak saya. Alhamdulillah, setakat ini adalah pengalaman yang terbaik pernah saya lalui berlakon drama bersiri.

“Abang Ejad banyak memberi ruang untuk saya explore dan pada masa sama memberi tunjuk ajar yang penting untuk saya. Bila mula berlakon, saya berjumpa dengan Nad dulu, lama berlakon baru bertemu dengan Ungku dan Puteri. 

“At first saya bimbang, macam mana chemistry saya dengan mereka. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan terima kasih kepada Nad yang banyak membantu dan Ungku yang memberi input supaya saya dapat menjiwai watak. Ini adalah satu drama yang saya sangat nak tengok,” katanya terus terang.


Pengarah memuji lakonan Puteri Aishah yang melakonkan watak Habibah.


Bagi Ungku Ismail, apa yang berlaku kepadanya adalah rezeki. Biarpun awalnya, bersetuju untuk berlakon Cina Buta dan kemudian terpaksa tolak kerana perubahan jadual tapi akhirnya watak tersebut kembali kepadanya.  

“Shooting date untuk projek ini beranjak-anjak dan abang Ezad dah call saya November tahun lepas (2021). Dia menerangkan kepada saya satu jam lebih untuk cerita pasal drama ini tentang watak Shanaz. Waktu itu saya dah setuju untuk berlakon tapi kemudian ada masalah lain, anjakan jadual dan saya terpaksa lepaskan peluang tersebut.

“Kemudian juga Allah dah kata itu rezeki saya, saya patah balik dan call abang Ezad. Kalau ada lagi watak itu saya nak buat, kalau dah ada orang lain, saya tak kisah. Dia kata tak ada orang, pada hal watak itu dah ada orang lain pegang tapi dia tolak orang tu. Dia masukkan saya.

“Saya suka abang Ezad sebab dia yang mengajar saya dalam bidang ini. Saya mengarah dan menulis semua atas bimbingan dia. Saya memang faham cara kerja dia dan dia faham cara kerja saya. Itu yang terbaik.


Azhan Rani dan Didie Alias sebagai bonda kepada Alif lakonan Aliff Aziz.


“Benda pertama yang saya nak daripada abang Ezad, kalau dia mengarah saya nak pastikan dia menulis juga. Kalau dia tak tulis, saya tak nak buat. Pada saya, kekuatan abang Ezad adalah pada penulisannya.

“Pengarahannya memanglah power tapi it goes back to skrip. Sebab garapannya sudah disediakan dalam skrip dan kita faham macam mana nak deliver watak. 

"Dalam banyak scene hanya satu dua saja yang dia tegur. Bila pengarah memberi ruang untuk kita berkarya, kita lebih mudah untuk buat lakonan bersahaja,” katanya kenapa dia suka berlakon di bawah arahan Shahrulezad. - KitaReporters


15
16
0
14
0

Copy Link: