Pelik tapi benar! Wanita dua suami! Siang layan suami pertama! Malam tidur dengan suami kedua!
Published by.
WANITA punyai dua suami! Siang melayan suami pertama tetapi apabila malam, tidur bersama suami kedua. Apa yang menarik, wanita ini bukan menipu suaminya, sebaliknya suaminya sendiri yang merancang perkahwinan keduanya.
Sc dan Br ditahan polis atas tuduhan memalsukan identiti untuk kepentingan peribadi. - Kredit foto: Tribun News
Untuk tujuan itu, dia menukar identiti isterinya kepada orang lain dan menyatakan Br berstatus gadis.
Seorang lelaki dikenali sebagai AK berjaya dipikat melalui MiChat. Lalu lelaki itu mengajak Br untuk berkahwin.
Kredit foto: iNews Indonesia
Sc merupakan pegawai di Desa Sendangasri, Kecamatan Lasem. Sementara isterinya Br adalah ketua sebuah pusat pendidikan anak usia dini (usia awal) atau PAUD di kampung itu.
Sc mengubah identiti Br dengan identiti seorang tenaga pengajar di pusat asuhan itu yang dikenali sebagai SC, yang masih gadis dan merupakan jirannya.
Akhirnya perkahwinan Br dan AK berlangsung dengan AK setuju memberi wang tambahan sebanyak Rp400 ribu (kira-kira RM120) sebulan selain bayaran-bayaran perbelanjaan hidup yang lain. Wang Rp400 ribu diguna untuk perbelanjaan dapur di rumah suami pertamanya.
Perkahwinan tidak sah ini berlangsung selama beberapa bulan dengan Br bertukar rumah setiap hari.
Ini membuat beberapa penduduk mengesyaki ada yang tidak kena dan menghubungi Kantor Urusan Agama (KUA) atau pejabat agama Islam daerah.
Kredit foto: Detik News
Hasil siasatan didapati Br memalsukan identiti untuk berkahwin dengan AK. Lalu laporan polis dibuat.
Ketua Balai Polis Rembang, AKBP Ario Yustiawan mengesahkan menerima laporan dan Sc serta Br sudah ditahan. Kedua-duanya akan dituduh melakukan pemalsuan dokumen dan jika bersalah boleh dipenjara sehingga 15 tahun. - KitaReporters