KELUARGA pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering menjadi tumpuan peminat, malah dengan kehadiran dua permata hati Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah membuat keluarga kecil sering diserbu oleh peminat. Malah tidak ketinggalan dengan kucing kesayangan Bujibu yang dianggap ‘anak sulung’ pasangan berkenaan. : KitaReporters



Lihat cerita-cerita berkaitan selebriti:

https://kitareporters.com/search?search=selebriti


Apa sahaja aktiviti harian keluarga kecil ini pasti dikongsi bersama peminat dalam laman sosial Intagram milik mereka.

Di sebalik perkongsian aktiviti, Hanis sering berkongsi teknik dan petua keibubapaannya yang diterapkan kepada dua anak kesayangan tersebut.



Terbaharu, Hanis memuat naik aktiviti keluarganya pada hari minggu ‘bermain’ roller coaster di dalam bakul menggunakan visual landasan pada televisyen di rumah mereka.

Bagusnya aktiviti tersebut.. jadi anak-anak tak la bosan sangat di rumah kan?



Giliran pertama permaianan itu dimulakan dengan anak bongsu pasangan itu, Alisa yang tiba-tiba gerun ketika menyertai permainan itu.

Lebih melucukan si kecil yang comel itu turut memanggil ibunya untuk meminta pertolongan. Malah jeritan itu kelihatan sangat lucu dan comel.



“Mummy…help," jerit Alisa di dalam bakul yang dipegang erat oleh ayahnya.

Alahaiii...comel betul awak ni Alisa!

Namun semuanya kembali tenang apabila Alisa dipeluk ayahnya.

Perkongsian berkenaan disaksikan lebih 2.3 juta peminat.

Situasi itu bertukar menjadi sangat kelakar dengan ucapan yang dikeluarkan si kecil itu.

Malah ketika giliran abangnya, Yusuf situasi sama juga berlaku apabila pemenang Si Cilik Anugerah Meletop Era 2017 menjerit ketakutan.

Namun jeritan abangnya lebih kuat daripada adik perempuannya yang kelihatan takut apabila menggunakan simulasi yang direka oleh bapa mereka ketika berlangsungnya Perintah kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya sehingga 9 November depan.

Tidak ketinggalan kucing kesayangan pasangan itu juga turut dibawa untuk ‘menaiki’ roller coaster berkenaan. Ini baru adil kan! Semua merasa kan?

Bersesuaian dengan norma baharu yang diamalkan, keluarga kecil itu hanya melakukan aktiviti di rumah sahaja berikutan kedatangan pandemic Covid-19 yang melanda dunia hari ini.

Kreatif juga keluarga ni.. maklumlah nak berhibur di luar bahaya jadi aktiviti rumah lebih selamat! - KitaReporters


11
0
0
2
0

Copy Link: