Berita Terkini| Monsun peralihan dijangka berterusan! Kita mungkin beraya dalam hujan lebat!
Published byGambar hiasan... Orang ramai diharapkan peka dengan perubahan cuaca
HUJAN lebat dan angin kencang di Kedah dijangka berterusan serta berlaku pada waktu petang atau malam ekoran monsun peralihan yang dijangka berterusan.
Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, ekoran itu juga kemungkinan sambutan Aidilfitri nanti akan diraikan dalam suasana hujan lebat dan mendung pada waktu petang.
"Monsun peralihan menyebabkan cuaca cerah pada waktu pagi, hujan dengan disertai ribut petir pada sebelah petang.
"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak berteduh di bawah pokok bagi mengelakkan berlakunya pokok tumbang atau kejadian-kejadian lain yang tidak diingini.
"Sekiranya melihat awam bertukar gelap dan kawasan itu berisiko bahaya, elakkan daripada berada di situ atau segera beredar kerana dikhuatiri akan berlaku kejadian bahaya," katanya dipetik Harian Metro, 10 Mei 2021.
Tambah beliau, nelayan juga diingatkan jauhi waktu menangkap ikan pada waktu ribut bagi mengelakkan bot karam akibat dipukul ombak dan sebagainya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter