KEASYIKAN seorang Youtuber membuat rakaman video secara langsung (live streaming) untuk pengikut-pengikutnya (followers) akhirnya mengundang padah apabila dia ditangkap oleh polis kerana disyaki menyebabkan kematian seorang wanita yang juga merupakan kekasihnya semasa siaran secara langsung itu. : KitaReporters


Stanislav Reeflay sedang melakukan penstriman langsung terhadap teman wanitanya walaupun teman wanitanya sudah meninggal dunia di kediamannya di Ivanovka, Moscow, Rusia pada 2 Disember 2020. - Kredit foto YouTube.


Lagi kisah-kisah berkaitan Rusia:

https://kitareporters.com/search?search=rusia


Stanislav Reeflay, 30, seorang Youtuber Rusia tergamak melakukan penstriman langsung terhadap teman wanitanya Valentina Grigoryeva, 28,yang sedang hamil di luar balkoni kediaman sewanya dalam keadaan cuaca sejuk. 

Kejadian berlaku di sebuah pekan Ivanovka berhampiran Moscow  pada 2 Disember 2020 dan lebih malang lagi wanita itu menemukan ajal setelah dipaksa berada di luar balkoni oleh teman lelakinya dengan memakai pakaian dalam sahaja. 


Valentina Grigoryeva (kiri) dan Stanislav Reeflay - Kredit foto: VK dan MK.com


Grigoryeva disahkan meninggal dunia akibat serangan hipotermia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan.

Dalam video itu, Reeflay itu dilihat mengangkat Grigoryeva masuk semula ke dalam rumah dan cuba mengejutnya.

"Valya, kenapa dengan awak? Awak masih hidupkah? Saya risaukan awak,kenapa awak diam dan langsung tak bercakap?

"Tiada denyutan...dia kelihatan pucat. Dia tidak bernafas lagi," kata lelaki itu kepada ribuan pengikutnya yang sedang menyaksikan kejadian itu secara langsung.

Rakaman video itu tetap berterusan dan lelaki itu langsung tidak sensitif seolah-olah tidak berasa bersalah dan bersedih dengan kejadian itu. 

Valentina Grigoryeva  dikatakan sedang hamil  peringkat awal. - Kredit foto Youtube


Menurut sumber, rakaman video itu berlanjutan selama dua jam selepas kematian wanita itu.

Kerajaan Rusia didesak oleh warganet terutama masyarakat tempatan agar memadamkan terus rakaman video kematian wanita malang itu daripada terus ditonton oleh penonton-penonton di seluruh dunia.

Tambahan pula, paparan video itu boleh memberikan kesan yang buruk kepada golongan kanak-kanak yang melihat "keganasan realiti" ini. 


Kredit foto: insider.com


Susulan kejadian itu, Reeflay ditahan oleh pihak berkuasa dan dipercayai menerima pembayaran sebanyak 1,400 Dolar Kanada (kira-kira RM4,446) hasil daripada jumlah tontonan video berkenaan.

Hipotermia adalah keadaan suhu tubuh manusia menurun secara drastik hingga di bawah 35 darjah selsius berbanding suhu normal 37 darjah selsius sehingga boleh menggagalkan fungsi sistem saraf, organ tubuh dan lain-lain. - KitaReporters



Sumber: 

https://www.thesun.co.uk/news/13368928/youtuber-kills-pregnant-girlfriend-livestream-sub-zero-balcony-abuse/

1
2
3
0
2

Copy Link: