Berita Terkini| PGA7 rampas pelbagai barangan bernilai RM90K! Guna pangkalan haram elak cukai

Published by
KitaReporters

HASIL risikan mendapati barangan yang diseludup menggunakan jalan sungai melalui pangkalan haram bagi mengelak bayaran cukai.


PELBAGAI jenis pakaian dan kosmetik yang bernilai kira-kira RM90,000 dirampas Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) di pangkalan haram Abang Yie, di Rantau Panjang, Kelantan.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan barangan berkenaan dibuat kira-kira jam 12.30 pagi pada Rabu, 21 April 2021 ketika anggota membuat rondaan sebelum ternampak sekumpulan lelaki memunggah guni putih ke dalam perahu ke tebing sungai.

“Anggota kemudian menghampiri kumpulan lelaki berkenaan, namun mereka melarikan diri ke seberang Thailand menggunakan perahu sebaik menyedari kehadiran pegawai dan anggota bertugas.


PEGAWAI Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi. - Kredit foto: Sinar Harian.


"Hasil pemeriksaan lanjut, guni putih yang dipunggah ini mengandungi sejumlah 1,438 helai pakaian bernilai RM84,585 selain barangan kosmetik berjumlah RM2,105 dipercayai dibawa seludup dari Thailand untuk pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di Kelantan pada Rabu, 21 April 2021.

Kesemua barangan dirampas itu dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan serta siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(d) Akta Kastam 1967.

Hasil risikan yang dibuat mendapati yang diseludup menggunakan jalan sungai melalui pangkalan haram dibuat bagi mengelak cukai.

Dalam pada itu, Azhari menambah pihak turut merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM3,175 di Kampung Kubang Kuau, di Rantau Panjang, jam 3 petang Selasa, 20 April 2021.

Rampasan mercun berkenaan dibuat ketika anggota membuat rondaan dan pihaknya terserempak sebuah Proton Wira dalam keadaan mencurigakan.

"Pemandu berusia 26 tahun memberi kerjasama baik dan hasil pemeriksaan di dalam kereta menemui kesemua mercun terbabit dipercayai untuk dijual sempena Aidilfitri dan mengakui kesemua mercun diseludup dari Thailand melalui pangkalan haram untuk pasaran tempatan.

"Suspek ditahan dan kesemua mercun terbabit dirampas untuk dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,"ujarnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
1
0
0
0

Copy Link: