Berita Terkini| Suspek utama belasah 2 pengawal peribadi ditahan! Reman 3 hari hingga 17 April!
Published byKredit foto: MalaysiaGazette
TINDAKAN reman selama tiga hari dikenakan kepada seorang lelaki yang disyaki mencedera dan mengugut bunuh dua pengawal peribadi selepas mendapat tahu pekerjanya berpuasa.
Ketua Polis
Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek
utama yang yang merupakan seorang ahli perniagaan itu direman bermula Khamis,
15 April 2021 sehingga Sabtu, 17 April 2021 ini.
“Pagi ini
suspek utama berusia 43 tahun itu dipohon perintah reman di Mahkamah Klang
untuk membantu siasatan polis.
“Majistret
membenarkan suspek utama itu direman selam tiga hari sehingga Sabtu (17 April 2021) ini untuk
membantu siasatan polis dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya yang dipetik oleh Malaysia Gazette, Khamis 15 April 2021.
Kejadian
dipercayai berpunca daripada suspek yang juga merupakan majikan memarahi mangsa
kerana berpuasa dan lelaki itu juga mengambil pistol yang berada pada pinggang
seorang daripada dua mangsa dan mengacukan ke arahnya dan mengeluarkan ugutan
yang menghina agama.
Mohamad
Zainal menambah, suspek utama akan disiasat di bawah Seksyen 324, 506 dan 298
Kanun Keseksaan.
Lelaki itu
ditahan dengan kerjasama Polis Klang pada jam 8.20 malam 14 April 2021 dan
dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk proses reman.
Sementara
itu, Polis Klang Selatan menegaskan bahawa kes itu tidak membabitkan
sebarang isu perkauman.
“Masyarakat
atau mana-mana individu dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial
dengan berkongsi sebarang provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman
sehingga menjejaskan keharmonian kaum,” kata menerusi kenyataan media pada Khamis, 15
April 2021. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter