Syabas Kg Putera Jaya, Setiu! Bermuafakat kacau bubur asyura
Published byKEJAYAAN sesuatu program serta aktiviti yang bakal dilaksanakan nanti adalah perlu diterjemahkan melalui hasil kemuafakatan supaya setiap program kemasyaratan yang diaturkan itu dapat dilakukan dengan sempuna. Bukankah ada cogan kata yang menyebut: "Muafakat membawa berkat"?? : KitaReporters
Romeli Ismail (kanan) sedang mengacau bubur asyura di Masjid Kampung Putera Jaya, Setiu, Terengganu.
Lagi cerita-cerita berkaitan bubur asyura:
https://kitareporters.com/search?search=asyura
Malah sikap bermuafakat itu turut dapat merapatkan hubungan serta sikap kerjasamana tanpa mengira fahaman parti politik dalam kalangan penduduk kampung demi menjayakan majlis kacau bubur asyura di Masjid Kampung Putera Jaya, Setiu, Terengganu.
Hal ini terbukti, kira-kira 150 penduduk dari agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai program tersebut untuk mengacau lapan kawah bubur asyura anjuran masjid itu.
Pengerusi Masjid Kampung Putera Jaya, Romeli Ismail berkata pertubuhan itu terdiri Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pak Kancil, MPKK Putera Jaya, Kumpulan Yasin Wanita Masjid Putera Jaya, Pusat Tahfiz dan penduduk setempat.
Sebahagian penduduk kampung dari gabungan agensi kerajaan dan NGO menyertai Program Bubur Asyura di Masjid Kampung Putera Jaya, Setiu, Terengganu.
Beliau berkata program itu merupakan aktiviti tahunannya selain mengajak para jemaah serta masyarakat Islam menyambut Sambutan Bulan Muharam.
``Program ini secara tidak langsung dapat mendedahkan kepada golongan muda terhadap kebesaran bulan Muharam itu tetapi ia juga dapat menambah pengetahuan mereka untuk membuat bubur asyura pada masa akan datang.
``Perkara-perkara yang perlu mereka ketahui seperti menyediakan bahan-bahan bagi melaksanakan bubur asyura dan bubur yang siap dimasak ini akan diagihkan kepada penduduk setempat,'' katanya. - KitaReporters