Gambar hiasan


PERBUATAN maksiat yang memalukan pada yang dilakukan oleh seorang guru agama berselingkuh (berkhalwat) dengan seorang ketua kampung di Lampung Selatan, Lampung, Indonesia dan aksinya diranjang  telah disaksikan oleh warga sebelum kedua-dua pelaku terbabit ditangkap dan diarak ke Balai Desa Banjarsari, baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi Jumaat, 3 Februari 2022 lalu itu di rumah guru agama bernama MH di Desa Banjarsari, Kecamatan Way Sulan, Kabupaten Lampung Selatan, MH ditangkap bersama ketua kampung Banjarsari bernama ND oleh penduduk kampung selepas mereka berdua mengadakan hubungan intim di dalam bilik.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perselingkuhan

Gambar hiasan


Sebelum ditangkap, beberapa penduduk kampung telah menyaksikan perbuatan mereka yang terlarang  itu melalui lubang dinding akibat pintu rumah MH semuanya ditutup.

Memetik laporan Tribunnews.com pada 6 Februari 2022 lalu, sebelum kejadian itu, MH yang sudah bersuami dan bertugas di Sekolah Dasar (Sekolah Rendah) di kampung itu dikatakan sering dilihat warga bahawa mereka selalu keluar berduan berjalan di luar kampung.

Suami ustazah itu dilaporkan ialah pekerja pejabat ketua kampung yang terbabit.

MH yang bergelar ustazah itu mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan terkutuk tersebut kerana ketika itu suaminya tiada di rumah menjalankan tugasan di luar kota.



Sebelum pasangan terbabit ditangkap, warga telah memanggil beberapa kali nama MH supaya membuka pintu rumah dan ketika itu juga ND dikatakan cuba melarikan diri melalui tangkap rumah itu.

"Namun usaha ketua kampung itu gagal kerana warga kampung terlebih dahulu mengepung sekeling rumah ustazah itu dan warga berjaya menangkap ND.

"Selepas menangkap MH dan ND itu, penduduk kampung mengarak pasangan terbabit sehingga ke Balai Desa Banjarsari pada pukul 3 pagi," kata Tribunnews.com.


 


Kejadian itu disedari penduduk kampung apabila seorang warga ternampak ND yang memasuki rumah MH melalui pintu belakang pada pukul 11.30 malam.

‘’Warga sudah lama mengsyaki MH dan ND ada hubungan selingkuh tetapi mereka tidak dapat menangkapnya  kerana tiada bukti yang kukuh.

"Perselinguhan pasangan terbabit tidak seharusnya berlaku kerana ND seorang ketua kampung manakala MH seorang guru agama yang sepatutnya mereka menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat setempat dan ia apatah lagi ND pula baik dengan suami MH," kata Wawan, 29, seorang penduduk kampung.


WARGA berbincang dengan anggota polis di Balai Desa Banjasari selepas kedua-dua pelaku berselingkuh itu diarak ke Balai Desa Banjarsari pada pukul 3 pagi. - kredit foto : Tribunnews.com


Sementara itu, Ketua Polis Katibung, AKBP Aos Kusni Palah berkata, berikut dengan kejadian itu pihaknya telah menghantar anggota polis ke Balai Desa Banjasari untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pada masa yang sama, katanya, keluarga dari kedua-dua pihak telah datang ke Balai Polis Katibung pada malam itu  untuk berbincang menyelesaikan kes perselingkuhan pasangan tersebut secara baik. 

"Kedua-dua pihak telah bersetuju selesaikan kes itu secara kekeluargaan dan kes berkenaan tidak dibawa ke pengadilan.

"Ketua kampung itu juga bersetuju untuk melepaskan jawatannya kerana bertanggong jawab di atas perbuatannya," kata Aos Kusni. - KitaReporters


9
12
1
10
1

Copy Link: