Kena kejar anjing! Member pula tolong gelak! Apa punya kawan?

Published by
KitaReporters

ADA antara kita mesti ada pengalaman pernah dikejar anjing. Masa itu lari tak ingat dunia dah, dari tak ada tenaga tiba-tiba boleh ada kerana fikir nak selamatkan diri. Ye lah, anjing garang kot, kalau tunggu ada dua je kemungkinan, bermalam di hospital atau anjing itu gigit sampai lumat!!! Ok nombor dua ini tipu!!! : KitaReporters


Disebabkan itu, mangsa yang pernah dikejar anjing ini mesti trauma kalau lihat anjing yang suka kejar orang. Bunyi dia saja dah buatkan kita rasa tak tenteram.

Terutama kaum wanita, gelabah mereka lagi tak boleh bawa bincang. Betulkan geng wanita??

Ye lah, bukan macam anjing berkeliaran yang tengok orang pun, anjing itu lari. 

Kalau anjing itu tak ada masalah. Kita boleh minum dan makan dengan tenang.

Kredit video Muhammad Azri


Satu video yang dikongsi oleh pengguna Twitter, Muhammad Azri menunjukkan seorang penghantar barang dari J&T Express hampir menjadi mangsa kepada anjing.

Beliau ketika itu sedang berbual dengan pelanggan bila secara tiba-tiba anjing entah dari mana datang meluru ke arah abang J&T ini.



Nasib baik dia pun bijak, cepat dan pantas panjat pagar rumah tu. Kalau tak, tak tahu jadi apa. 

Dari nak hantar barang, takut-takut ambulan pula yang datang.

Tapi paling tak boleh tahan, member dia boleh gelak sakan. Dah la gelak macam kena rasuk. 

Suka betul member ini kawan dia kena kacau dengan anjing.


Dengan pintu van tak tutup, mahunya anjing itu lompat masuk dalam van itu, baru dia tahu. Masa itu tak tahu sama ada dia gelak atau menangis sambil, berlari.

Alaa, macam dalam cerita Hantu Kak Limah tu, kena kejar hantu lari tak cukup tanah!!!!!

Tapi biasanya, kawan baik memang macam ini, bila jadi apa-apa kan kita, dia orang pertama gelak sebelum datang membantu. 

Video berdurasi 30 saat itu telah ditonton lebih 49,000 tontonan. - KitaReporters

0
0
1
4
3

Copy Link: