Bukan tak laku! Hanya tawaran buka hijab yang masuk - Norish
Published byTOLONGLAH! Kita sudah lama memasuki era milemium namun masih ada yang berfikiran kolot. Tak sangka dalam industri hiburan yang dilihat semakin moden rupa-rupanya masih ada fikiran lapuk atau ketinggalan zaman. Masih ada sikap ‘double standard’ terutamanya ke atas artis yang bertudung. : KitaReporters
Pelakon berasal dari Singapura ini sudah lama tidak berlakon.
Lagi kisah-kisah berkaitan bertudung:
https://kitareporters.com/search?search=bertudung
Khabarnya ada sesetengah pelakon yang bertudung tidak menerima tawaran berlakon hanya kerana berhijab!
Kononnya pelakon bertudung sukar untuk diberi pelbagai watak atau terhad. Wah, banyak cantik! Pelakon bertudung juga manusia biasa yang perlu bekerja untuk menyara kehidupan.
Kenyataan perit ini turut diluahkan oleh seorang pelakon terkenal, Norish Karman atau nama sebenarnya Nor Ashikin Karman dalam Instagramnya. Ia tercetus ketika Norish bersoal jawab dengan peminat-peminatnya.
Selepas drama Pengantin Satu Malam, Norish tidak menerima tawaran berlakon lagi.
Salah seorang peminat bertanyakan kepadanya apakah
nama drama terkini yang Norish sedang lakonkan. Pertanyaan peminat tersebut
dibalas oleh Norish dengan nada yang agak terkilan.
Menurut Norish dirinya kini sudah kurang menerima
tawaran berlakon kerana kebanyakan tawaran yang datang adalah untuk pelakon
yang tidak berhijab!
“Saya tak laku. Belum shooting lagi selepas P1M
(drama Pengantin Satu Malam).
“Sebab banyak tawaran semua suruh buka hijab baru banyak watak boleh dilakonkan. Macam mana?” balas pelakon berasal dari Singapura ini.
Menurut Norish, dia hanya menerima berlakon sekiranya membuka hijab.
Sementara itu, ada beberapa lagi peminatnya turut
bertanyakan hal sama dan mengakui sangat merindui lakonan Norish.
Pertanyaan itu dijawab ringkas oleh Norish dan
menyeru orang ramai agar mendoakan rezeki untuknya.
“Doakan ya,” ujarnya.
Ramai peminat Norish merindui lakonannya.
Jawapan Norish berkenaan tidak menerima tawaran
kerana berhijab, mendapat reaksi daripada para peminatnya. Ramai yang terkejut
dan tidak menyangka masih ada permintaan seperti itu.
“Sebegitu sekali ya. Kena buka tudung baru boleh ambil berlakon. Semoga kakak sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan aurat. Insya-Allah ada rezekinya nanti,” tulis peminat memberi sokongan kepadanya.
Peminat terkejut setelah tahu masih ada isu 'double standard' ke atas pelakon berhijab.
Apa pendapat anda? Adakah hal ini sepatutnya berlaku dalam industri hiburan tanah air yang rata-rata ‘isinya’ adalah beragama Islam? Tepuk dada, tanyalah iman.
Semoga ada rezeki buat Norish dalam kerjaya yang diceburinya dan kekal istiqamah berhijab. - KitaReporters