NAMPAK gayanya virus Covid-19 ini tidak akan terhenti dengan mudah begitu sahaja. Selepas selesai satu varian, timbul pula varian baharu yang mencengkam dan mencabar pembangunan sektor kesihatan sejagat.

Terbaharu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kembali menetapkan perjumpaan satu lagi varian baharu virus Covid-19 yang tergolong dalam Varian di Bawah Penyiasatan atau Variant Under Investigation (VUI).

Menurut laporan Public Health England (PHE), varian baharu tersebut dipanggil varian Lambda (C.37) dan sedang dilakukan uji kaji rasmi sebagai VUI bermula 14 Jun 2021 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan varian baharu


Kredit foto: YouTube Down To Earth


Menurut laporan tersebut, terdapat enam kes baharu virus Covid-19 melibatkan varian Lambda yang tercetus dan kini sedang menular di Britain.

Laporan WHO memberitahu, varian terbaharu itu turut berkongsi mutasi genetik yang sama dengan varian Delta, sekali gus menjadikannya lebih mudah menjangkiti.

Walaupun masih belum ada maklumat terperinci, dipercayai varian Lambda ini jauh lebih berbahaya berbanding varian-varian sebelumnya.

Antaranya dipercayai varian tersebut tidak akan mampu dikalahkan oleh mana-mana jenis vaksin Covid-19.



Memetik laporan DW News, virologis Pablo Tsukayama dan pasukannya di Universitas Cayetano Heredia Lima mengesahkan bahawa varian ini telah menunjukkan evolusi di Peru selama berbulan-bulan sebelum ini.

"Dengan 187,000 kematian dan tingkat kematian tertinggi di dunia, kami adalah negara yang paling serius dalam hal virus corona ini.

"Oleh kerana itu, mungkin tidak menghairankan bahawa varian baharu telah bermula sejak beberapa bulan lalu di sini," kata Tsukayama kepada media DW News baru-baru ini.

Sementara itu, di Chile pula, varian berkenaan merangkumi hampir satu pertiga daripada jumlah kes Covid-19 negara itu.

“Buat masa ini, tiada bukti menunjukkan varian ini lebih agresif berbanding varian lain.

“Ia berkemungkinan mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi, namun banyak kajian perlu dijalankan terhadap varian ini,” kata penasihat Pertubuhan Kesihatan Pan-Amerika, Jairo Mendez. 

Untuk rekod, varian Alfa (B.1.1.7), beta (B.1.351), delta (B.1.617.2) dan gamma (P.1) dikategorikan sebagai VUI oleh WHO sebelum ini. - KitaReporters


Kredit foto : detikcom

0
1
1
0
0

Copy Link: