Burger bakar Maya Karin laris! Next burger vegetarian pula!
Published byTuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk pelakon popular Maya Karin apabila perniagaan burgernya semakin mendapat sambutan. Pada awal April lalu, Maya secara tidak sengaja bergelar peniaga burger bakar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. : KitaReporters
Secara tidak sengaja Maya bergelar peniaga burger bakar.
Menurut pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini, pada mulanya burger bakar yang dihasilkan hanyalah untuk diagihkan kepada jiran tetangga.
Namun, tidak disangka-sangka ramai pula yang bertanya dan mahu membelinya.
Maka bermulalah episod dia bergelar peniaga burger.
Sudahlah cantik, pandai berniaga pula tu. Mahu tak laku keras! Siapalah yang tak mahu merasa burger bakar air tangan pelakon terkenal.
Memandangkan perniagaan burger bakarnya semakin
mendapat sambutan, Maya bercadang mahu menambah lagi menunya.
Oleh kerana tidak semua orang makan daging, jadi Maya bercadang mahu menambah menu khusus untuk orang yang tidak makan daging atau vegetarian.
“Daging lembu, lamb and chicken ada. Benjo pun dah masuk list atas permintaan customer. Vegan and vegetarian next,” tulis Maya.
Rata-rata peminat memuji dan teruja mahu merasai
burger bakar artis kesukaan mereka itu.
Benarlah orang setiap ujian atau kesusahan itu ada hikmah di sebaliknya. Bagi mereka yang bijak menggunakan peluang dan kesempatan, maka adalah rezeki untuknya.
Selain berlakon dan menyanyi, Maya Karin juga seorang aktivis alam sekitar.
Dia sering menyertai kempen alam sekitar bagi memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga alam sekitar. - KitaReporters