Sebahagian warga asing yang diperiksa oleh JIM ketika Op Patuh di kawasan Pasar Borong Selangor. - Kredit foto: Harian Metro


TINDAKAN sekumpulan warga asing bersembunyi dalam kotak ikan, longkang dan menggunakan pelbagai taktik bagi elak dicekup oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)  dalam Ops Patuh di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan ternyata gagal.

Dalam serbuan bermula sekitar jam 1 pagi, 26 Jun 2021 itu, seramai 72 warga asing berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun ditahan kerana disyaki tidak punyai dokumen perjalanan yang sah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, mereka yang ditahan termasuk 39 pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Pemeriksaan awal mendapati kad UNHCR  dikemukakan warga asing ditahan meragukan.  Siasatan lanjut dilakukan bagi kenal pasti kesahihannya serta pemeriksaan sama ada mereka ini punyai dokumen serta permit kerja berdasarkan sektor mengikut permohonan mereka.

“Mereka yang ditahan juga melibatkan warga Bangladesh (19 orang), Myanmar (sembilan), Indonesia (tiga) dan masing-masing seorang warga India dan Nepal,” katanya yang dipetik laporan Bernama pada Sabtu, 26 Jun 2021.

Tambah beliau, kesemua yang ditahan itu dibawa ke Jabatan Imigresen Selangor untuk tindakan selanjutnya. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


 

0
0
0
0
0

Copy Link: