Video| Tahniah Noorkhiriah! Malu bergelar duta tapi anggap rezeki anak-anak! Ikut trend promosi!
Published byNoorkhiriah bersama Ahmada Muazzam Tasaki memperlihatkan rangkaian produk Vieura, jus Alwiqoyah dan G-Asfal. - Kredit foto: FAS.
PELAKON Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 2010, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 43, melahirkan rasa syukur apabila buat pertama kalinya selepas 20 tahun baharulah beliau merasa menjadi ‘duta’ rasmi sesebuah jenama produk.
Malah katanya, dalam usia 40-an, beliau tidak sangka masih ditawarkan sebagai ‘duta’ dan mendapat kepercayaan pihak Vieura Group Sdn Bhd yang terkenal sebagai pengeluar jus kesihatan “Alwiqoyah” dan ‘G-Asfal’.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Noorkhiriah
“Tetapi sejujurnya Noor rasa ‘malu’ dengan gelaran ‘duta’ itu namun alhamdullilah tawaran ini adalah rezeki anak-anak,” ujar Noorkhiriah yang membahasakan dirinya ‘Noor’ ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian sebagai duta rasmi Vieura selama setahun bermula 1 Februari 2022 di Bukit Jalil semalam, Jumaat, 11 Februari 2022.
Menurut pemenang tiga kali berturut-turut Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ini, sungguh pun antara tugasannya perlu mempromosikan produk kesihatan berkenaan melalui media sosial namun terasa amat segan dan malu untuk meletakkan hashtag #Duta.
“Entahlah ada satu perasaan malu tetapi itulah kenyataannya saya perlu ikut trend promosi masa kini dan terima rezeki ini dengan rasa bersyukur kerana rezeki itu tidak salah alamat,” tambah Noorkhiriah sambil mencatatkan rasa terharunya mendapat rezeki tersebut pada usia 40-an, dalam laman instagramnya.
Berkongsi lanjut tentang kenapa beliau menerima tawaran itu, kata Noorkhiriah, beliau sebenarnya agar cerewet dalam pemilihan produk dan tidak akan mempromosikan sebarang produk sewenang-wenangnya,
“Saya dah amalkan dan produk ini memang bagus untuk meningkatkan tenaga dan bukan kerana saya dutanya saya perlu kata bagus tetapi bagi saya ia memang berkesan kerana setiap hari ia ‘knock knock knock’ untuk ke tandas,” akui Noorkhairiah yang kini mampu menurunkan berat badannya dari 58kg ke 46kg setelah mengamalkan minuman jus Vieura sejak lebih kurang dua bulan lalu.
Sebagai ‘duta’ Vieura, pelakon drama popular 'Nur' ini memberitahu, selain mengaktifkan catatannya mengenai kebaikan produk melalui media sosial beliau juga akan berkongsi mengenainya kepada rakan-rakan artis apabila berada di set penggambaran serta bertemu peminat di 'road show' yang bakal dianjurkan kelak.
“Selama ini saya memang tidak memakan apa apa suplemen dan sekarang apabila ada yang bertanya apa yang saya amalkan untuk kesihatan, saya sudah ada jawapannya,” tambah Nootkhiriah sambil berharap dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya sebagai duta agar dapat berkongsi kejayaan Vieura.
Sebelum Noorkhiriah, juara rancangan TV realiti, Akademi Fantasia musim ke-3, Asmawi Ani atau Mawi adalah duta rangkaian produk Vieura yang dihasilkan dengan bahan utama berasaskan gam Arab, roselle dan kunyit hitam ini.
“Alhamdullilah, bagi kaum wanita yang mahu juga menurunkan berat badan boleh mencubanya kerana kesan ‘knock, knock, knock’ yang dialami selepas minum akan membuang segalanya dari badan dan anda akan rasa lebih ringan, bertenaga dan sihat,” sambung Noorkhariah mengakhiri bicara sambil berpendapat setiap perkara yang dilakukan perlulah dilakukan dengan istiqomah dan jujur. - KitaReporters
Majlis menandatangani perjanjian antara Ahmada Muazzam dan Noorkhiriah sebagai duta Vieura Group.