Berita Terkini| 7 anggota polis Kuantan dikuarantin! Kontak rapat OKT! Masa hadir ke mahkamah!
Published byGambar hiasan... Tujuh anggota polis di Kuantan dikuarantin setelah menjadi kontak rapat kepada seorang OKT yang positif Covid-19, ketika mereka bertugas di Mahkamah Majistret Kuantan
SERAMAI tujuh anggota polis di Kuantan kini dikuarantin selepas menjadi kontak rapat kepada seorang Orang Kena Tuduh (OKT) lelaki yang diiringi mereka ke Mahkamah Majistret Kuantan pada 17 Mei 2021.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kesemua anggota berkenaan telah pun jalani ujian saringan Covid-19 dan kini masih menunggu keputusan.
“OKT tersebut sebelum ini dibebaskan dengan jaminan dan hadir ke mahkamah bagi mendengar sebutan semula kes. Dia bukan sahaja tidak tunjukkan sebarang gejala tetapi turut lepasi saringan suhu badan sebelum masuk ke mahkamah.
“Bagaimanapun, OKT itu didapati positif setelah hasil ujian saringan Covid-19 sebagai prosedur sebelum dihantar ke penjara. Dia dijatuhkan hukuman denda oleh mahkamah, namun gagal berbuat demikian.
“Polis membantu pihak penjara dengan menghantar pesalah ke Penjara Bentong dan telah pun mengambil langkah keselamatan dengan memakai alat pelindungan diri (PPE) lengkap serta hanya gunakan sebuah kenderaan,” katanya pada sidang media di IPD Kuantan, pada 19 Mei 2021.
Tambah
beliau, anggota terlibat terus balik menjalani saringan Covid-19 setelah selesai
menghantar pesalah dan dikuarantinkan, manakala kenderaan digunakan telah
disanitasi sebaik tiba di Kuantan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter