Gambar hiasan... PPV khas untuk 'economic frontliners' akan dibuka di Pulau Pinang


Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas bagi petugas barisan hadapan sektor ekonomi (economic frontliners) akan dibuka di Pulau Pinang bagi meningkatkan kadar penerimaan suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan berkenaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata ‘economic frontliner’ tersebut membabitkan sektor pelancongan, perkilangan dan peruncitan di negeri tersebut.

Menurutnya, sehingga kini dua PPV khas  ‘economic frontliners’ telah dikenal pasti iaitu di bahagian sebelah pulau (Georgetown) dan Seberang Perai.

“PPV khas bagi ‘economic frontliners’ ini bertujuan untuk meningkatkan kadar penerimaan suntikan sekali gus membentuk imuniti kelompok di negeri ini.

“Pembukaan dua PPV khas itu hasil usaha sama kerajaan negeri; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) serta agensi-agensi lain berkaitan.

"Sekurang-kurangnya empat lagi PPV baharu termasuk PPV awam akan beroperasi pada Jun 2021 ini bagi memastikan lebih ramai rakyat Pulau Pinang yang telah berdaftar diberikan vaksin secepat mungkin,” katanya menerusi satu kenyataan pada 12 Jun 2021.

Tambah Kon Yeow, penambahan PPV awam tersebut  antaranya di Tapak Ekspo Seberang Jaya yang akan dibuka pada 14 Jun 2021 dan Balai Rakyat Bayan Baru pada 22 Jun 2021 depan. KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0

Copy Link: