Video| Gara-gara cabut lari sebelum shooting habis! Ben Amir kena bayar RM100k! Langgar kontrak! !
Published byAkibat tidak menghabiskan baki penggambaran drama, Ben Amir terpaksa membayar RM100,000 ganti rugi kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd selepas melanggar kontrak sebagai pelakon dalam drama ‘Demi’ pada 2020.
Persetujuan tersebut dicapai kedua-dua belah pihak di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, Tasnim Abu Bakar pada hari ini, Khamis 14 April 2022.Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hal-hal ganti rugi
Sekiranya defendan (Ben Amir) gagal membayar RM100,000, maka jumlah asal dalam kes saman itu seperti yang dituntut plaintif (Elisa Vision) sebanyak RM211,477 dikekalkan.
Sepatutnya, hari ini, Khamis, 14 April 2022 adalah perbicaraan hari pertama kes saman itu, namun kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes secara bersama.
Mahkamah juga merekodkan defendan menarik balik pernyataan tuntutan balas yang dikemukakan terhadap plaintif.
Ben yang ditemui di luar makamah enggan mengulas lanjut mengenai perkata itu. Dia kelihatan enggan melayan pertanyaan sejumlah wartawan yang menanti di luar mahkamah.
Sementara itu, penerbit Elisa Vision Sdn Bhd, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain meluahkan rasa syukur kes berkenaan dapat diselesaikan dengan baik.
/
Pada 27 Mac 2020 pihak produksi mendakwa pelakon Ben Amir pulang ke Malaysia secara sendirian meninggalkan kesemua kru produksi dan pelakon yang sedang menjalankan penggambaran di Scotland kerana ketika itu wabak Covid-19 sedang merebak.
Tindakan itu dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri kerana penggambaran tersebut belum selesai.
Ben juga enggan menyiapkan baki penggambaran drama itu di Malaysia.
Tempatnya terpaksa digantikan dengan pelakon lain dan produksi perlu membuat penggambaran semula.
Sementara lakonan Ben di Scotland yang sudah dirakam ‘terbuang’ sahaja.
"Awak kena ingat, awak naik hari ini, esok awak boleh terguling. Kami di sini 'production' seadanya sampai hari ini, kami masih di sini. Sebab dari dulu, kami tengok artis yang meletup-letup keluar masuk, keluar masuk tapi kami tetap di sini," kata Rahila, 48, yang ditemui media di luar mahkamah.
"Saya masih sedia bekerjasama dengan Ben pada masa akan datang sebab tak ada apa-apa masalah pun dengan dia. Cuma, tak tahulah dia sudi atau tidak lagi nak bekerja dengan saya.
"Saya dah 21 tahun dalam industri, tak pernah ada masalah kerja dengan mana-mana pelakon sebelum ini termasuk dia (Ben). Saya okey saja jika dia pun masih ingin bekerjasama," kata Rahila.
Antara barisan pelakon drama 'Demi' ditayang di TV Okey, RTM
Akibat pandemik Covid-19, kru penerbitan dan pelakon drama ‘Demi’ terpaksa pulang ke Malaysia. Sebahagian besar mereka yang kembali membuat ujian calitan, namun Ben enggan berbuat demikian.
Kru dan pelakon drama ‘Demi’ adalah antara individu awal yang menjalani kuarantin Covid-19 di negara ini.