Sukarelawan Muszkleem Malaysia melawat sebuah rumah yang baharu disiapkan untuk diserah kepada penerima.


BUKAN mudah untuk mengurus sebuah organisasi terutama yang berstatus sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO)  yang mengurus dana awam kerana ia memerlukan sikap amanah, bertanggungjawab dan berintegriti bagi menjamin pertubuhan berkenaan dipercayai orang ramai. 

Pertubuhan Muszleem Malaysia (Muszleem Malaysia) yang memikul tanggungjawab besar dalam menjaga amanah diberikan masyarakat negara ini membuktikan sistem pengurusan pertubuhan itu amat telus dan terbuka dalam mengurus dana untuk membantu rakyat Malaysia.

Ini terbukti apabila sepanjang Ramadan 2022 yang lalu pihak Muszleem Malaysia telah membelanjakan lebih RM400,000 hasil Infak rakyat Malaysia dalam pelbagai program yang telah dijalankan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan golongan asnaf

Mohd Izzat Mohd Zubir


Pengurus Operasinya, Mohd Izzat Mohd Zubir berkata, pada bulan Ramadan yang lalu pihaknya berjaya membina, membaik pulih dan memberi bantuan kewangan untuk 12 buah rumah golongan asnaf yang memerlukan tempat tinggal yang lebih sempurna dan selesa.

Katanya, segala wang yang dibelanjakan untuk projek pembinaan rumah terbabit pihak Muszleem Malaysia menggunakan sebaiknya dengan aturan kerja spesifik melibatkan sasaran di pelbagai lokasi dalam dan luar negara. 

Score card (kad skor) yang kami paparkan ini merupakan sebahagian ringkasan aktiviti dan perbelanjaan pada Ramadan lalu,” katanya.


Kad skor pembinaan rumah sepanjang Ramadan 2022


Mohd Izzat berkata, sepanjang bulan Ramadan 2022 lalu, NGO itu telah membelanjakan RM28,814.80 untuk program Rumah Untuk Asnaf (RUA).

"Ini kerana kami hanya berjaya membuat kutipan tidak sampai RM30,000. Jika kami boleh buat lebih banyak kutipan dan sumbangan, maka lebih ramai orang yang kami boleh bantu," katanya.


Kerja-kerja membaik pulih rumah asnaf


Menyingkap kembali sejarah penubuhan, Muszleem Malaysia ditubuh dengan kehadiran pengerusi Muszleem Malaysia ke negara Kemboja atas jemputan Imam Muda Jaabar untuk menyertai rombongan korban pada tahun 2013. 

Bermula dari detik itulah Muszleem Malaysia mula bertapak membantu para asnaf di negara itu setelah menerima impak dari lawatan tersebut.

Kata Mohd Izzat, ketika rombongan berada di negara tersebut, mereka telah dibawa menziarahi perkampungan orang Islam yang hidup dalam keadaan daif malah ramai yang terpaksa tinggal di dalam sampan kerana kemiskinan. 

Akibat hidup melarat, penduduk Islam di situ telah memohon bantuan kepada Cikgu Ahmad Fadzli Fauzi untuk membina perigi wakaf dan membina sekolah agar syiar Islam terus bersinar di Kemboja.



Selepas selesai korban dan pulang ke tanah air, Cikgu Fadzli telah menjemput beberapa orang sahabat beliau dan menubuhkan Muszleem.

Dana awal membiayai kegiatan Muszleem dimodalkan oleh MyHoney sebuah syarikat produk kesihatan dan wang simpanan pengerusi Muszleem Malaysia sendiri sebelum orang awam membantu sehingga kini.

Dari saat itulah, kata Mohd Izzat, Muszleem Malaysia mula di kenali di negara Kemboja tetapi belum meluas dikenali di Malaysia.

Pada awal Ramadan 2021, Muszleem Malaysia memulakan projek Makanan Untuk Asnaf (MUA) yang diikuti dengan projek Rumah Untuk Asnaf (RUA).

Katanya, projek MUA ini menelan belanja sebanyak RM50,000 setiap bulan untuk menghasilkan sebanyak 100 ribu kotak makanan untuk asnaf yang bernilai RM50 setiap kotak

Manakala projek RUA diperuntukkan sebanyak RM50,000 setiap bulan tanpa gagal bagi tujuan mengurangkan penderitaan rakyat dengan membaiki, membina baru atau menyewakan rumah bagi golongan asnaf.

Kedua-dua projek ini berterusan sehingga sekarang dengan peruntukan RM100,000 setiap bulan tanpa gagal. 


Mesyuarat mingguan sukarelawan Muszleem Malaysia


Segala keputusan kepada siapa patut diagihkan kotak infak setiap bulan akan diputuskan dalam mesyuarat MUA pada hari Khamis setiap minggu dan meneliti serta memilih penerima RUA selepas dibahaskan setiap minggu pada hari Rabu.

Sehingga kini, kata, setiap bulan akan dimaklumkan kad skor (score card) tentang setiap perbelanjaan yang dibiayai.

“Ketelusan kepada penyumbang bagi setiap sen yang dibelanjakan samada ianya didalam negara atau luar negara adalah matlamat Muszleem Malaysia di samping memainkan peranan utama membantu asnaf,” kata Mohd Izzat. 

Jika ada yang mencari tempat untuk membuat sumbangan, boleh terus salurkan ke akaun Maybank, nombor akaun 5630 4632 5663 (Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia). - KitaReporters


Mohd Izzat menyerahkan surat persetujuan untuk membaik pulih rumah seorang asnaf.


Sebuah rumah golongan asnaf yang mendapat perhatian Muszleem Malaysia untuk dibaik pulih.

10
12
1
13
1

Copy Link: