KERANA bawa anak kambing masuk ke rumah, berlaku pertengkaran mulut antara dua selebriti ini,  usahawan kosmetik Datuk Seri Alif Syukri Kamarzaman, 33, dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, yang mungkin boleh menjejaskan semula hubungan mereka selepas dikatakan baru berdamai. : KitaReporters

Shahida marah apabila melihat anak kambing dibawa masuk ke dalam kediamannya. - Kredit foto: Myartis.com

Selama ini kita mengetahui bahawa Alif Syukri mempunyai sejumlah haiwan peliharaan di kawasan kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Dan haiwan yang paling disayanginya ialah kucing liar eksotik yang diberi nama ‘Dodi’ dan dijadikan anak angkatnya.

Bagaimanapun ‘Dodi’ yang dulunya manja dan boleh dibelai kini semakin ganas. 

Ia membuat ‘Abang Terlajak Laris’ cuba mencari binatang lain untuk dijadikan anak angkat  sebagai pengganti dan boleh bermanja.

Dua ekor anak kambing dibeli untuk dijadikan anak angkat oleh Aliff Syukri. - Kredit foto: Myartis..com


Apa yang terfikir dalam fikiran ‘Abang Terlajak Laris’ ialah mencari kambing sebagai pengganti ‘Dodi’.

Dia bersama pekerja pergi ke sebuah penternakan kambing Ahad, 14 Jun 2020 dan membeli sepasang anak kambing untuk dijadikan anak angkatnya.

Setelah itu kambing-kambing itu dibawa ke dalam rumah. 

Anak-anaknya gembira dengan kehadiran sepasang anak kambing itu tetapi tidak bagi isterinya, Nur Shahida. 

Lalu berlaku pertengkaran mulut antara suami isteri itu.  

Shahida menganggap perbuatan Aliff membawa masuk kambing ke dalam rumah sebagai perbuatan orang gila. 

"Hanya orang gila yang bawa kambing masuk rumah," kata Shahida.

Shahila tidak bersetuju dengan sejumlah perlakuan Aliff sepanjang perkahwinan mereka. - Kredit foto: : IG@ syahidadherb


Pertengkaran kedua-duanya boleh ditonton dalam saluran Youtube Terlajak Laris.

Aliff tetap mahu memelihara anak kambing yang diberi nama Siti Zubaidah. Seorang pekerja ditugaskan khusus menjaga sepasang anak kambing itu. 

Anak kambing itu  benar-benar dijadikan ‘anak angkat’ dengan dimandi, diberi minyak wangi, stoking dan pampers.

"Penganti dodi.. come tak? Saya sedih sangat sebab Dodi dah tak nak dengan saya dan semakin ganas. 

"Sebab tu sekarang ini saya cuba jinak kan kambing pula untuk dijaga di dlm rumah saya..  korang rasa boleh dijinakkan tak?

"Kalau korang nak tahu apa yang berlaku dekat kambing saya yg saya kasi nama Siti Zubaidah, korang boleh tengok dekat YouTube saya.. sy dah posting," tulis selebriti ini dalam kapsyen entri di IGTV-nya.

Sementara itu, Shahida tetap tidak dapat menerima  perbuatan Abang Terlajak Laris ‘bersahabat’ dengan anak kambing. 

"Ala ingatkan kambing je byk ragam!! Rupanya si @aliffsyukriterlajaklaris lagi byk ragamnya... 

"Bangun pagi2 dah bau kambing dekat luar...habis diberak2 dekat rumah tu...

"Saya dah bgtau tadi kalau saya balik kerja ada lagi kambing tu siaplah!!dengan dia2 saya suruh tidur kandang kambing😬," kata Shahida dalam IG-nya @shahidadherb.

Apakah gara-gara kambing hubungan Aliff dan Shahida kembali mengeruh. 

Pasangan ini pernah berpisah rumah untuk beberapa waktu dan kembali berbaik. Sejumlah perkara yang dilakukan oleh Aliff kurang dipersetujui oleh sang isteri. - KitaReporters

Video dari YouTube Abang Terlajak Laris


Shahida meluahkan kemarahannya kerana kambing-kambing itu masih berada di sekitar kediamannya

1
0
1
2
2

Copy Link: