Berita Terkini| Buka puasa di padang tidak dibenarkan! Kerajaan Negeri Pahang minta rakyat akur

Published by
KitaReporters

Orang ramai dilarang berbuka puasa di Padang MBK 1 pada Ramadan tahun 2021 ini bagi mencegah penularan Covid-19.  - Kredit foto: FB Rizal Hakimm


ORANG ramai tidak dibenarkan berkumpul bagi berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan(MBK) 1 di Bandar Kuantan, Pahang  sepanjang Ramadan tahun 2021 ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda berkata keputusan Kerajaan Negeri itu bertujuan sebagai salah satu usaha bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

“Kita berharap rakyat beragama Islam patuhi arahan larangan berbuka puasa  di padang MBK 1 ini,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian, pada 12 April 2021.

Untuk info, aktiviti berbuka puasa di Padang MBK Kuatan bagaikan tempat wajib khususnya bagi orang-orang di daerah berkenaan.

Sebelum ini juga, terdapat sebuah bazar Ramadan dikenali sebagai Bazar Ramadan Taman Kerang terletak bersebelahan padang, sekali gus memudahkan orang ramai dapatkan juadah sebelum berbuka puasa.

Khidmat sewa tikar dengan kadar serendah RM5 juga turut disediakan dan penyewa berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters


2
1
0
0
0

Copy Link: