Berita Terkini| Lapan anggota polis Johor dibuang kerja! Lebih ramai lagi terlibat - Ayob Khan!

Published by
KitaReporters


SERAMAI lapan anggota polis di Johor telah dibuang kerja sejak awal tahun hingga kini, manakala 12 lagi anggota akan dikenakan tindakan sama pada minggu depan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam tempoh sama, seramai 59 orang warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor melibatkan empat pegawai kanan dan 55 anggota ditahan kerja, manakala 11 anggota digantung tugas.

"Ini bukan satu kebanggaan bila saya katakan tindakan buang kerja membabitkan kontinjen Johor adalah tertinggi dalam negara,” katanya di Johor Bahru pada Rabu, 14 April 2021.


TIADA peluang kedua kepada anggota PDRM sekiranya didapati positif dadah. - Kredit foto: Utusan online


Mengulas lanjut Ayob Khan menjangka lebih ramai lagi akan dibuang kerja pada tahun ini, melepasi jumlah mereka yang dikenakan tindakan sepanjang tahun 2020 lalu yang melibatkan seorang pegawai awam dan 45 anggota.

“Bagi kes anggota dan pegawai polis yang terlibat dengan dadah, mereka tidak akan diberikan peluang kedua, sebaliknya terus dibuang kerja.

"Mereka ini tidak perlu diberi peluang kedua pun, kalau mereka didapati positif dadah, kita akan buang menggunakan kaedah paling cepat dengan membuka kertas siasatan terhadap mereka," kata beliau.

Pada masa sama, Ayob Khan memberi amaran kepada semua ketua polis daerah di negeri ini supaya tidak melindungi pegawai yang terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters

 

22
3
1
0
0

Copy Link: